Satu pasangan kekasih yang bekerja sebagai doktor telah ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres di Taman Semabok Perdana, Semabok.
Menurut MalaysiaGazette, pasangan doktor berkenaan disahkan bertugas di Hospital Melaka dan penahanan telah dilakukan dalam serbuan jam 3.25 petang semalam.
Menerusi video yang kini tular, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta imam masjid, polis, pihak media dan penduduk taman terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pasangan itu keluar.
Pada mulanya, mereka enggan memberikan kerjasama dan terus bersembunyi di dalam rumah teres setingkat tersebut namun akhirnya akur dan membuka pintu.
Bagaimanapun, doktor lelaki terbabit kemudian cuba mempersoal tindakan penguat kuasa yang mahu memeriksa rumah disewanya bersama dua lagi rakan yang tiada di rumah ketika itu.
View this post on Instagram
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kedua-duanya berumur 26 tahun dan ketika ditangkap mereka dalam keadaan berpakaian lengkap.
Kedua-duanya berusia 26 tahun kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut sebelum diikat jamin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.