Baru-baru ini tular apabila satu pasangan dikatakan keluar di tempat awam denganmemakai tag merah jambu, menyerupai gelang tangan yang dipakai individu menjalani arahan kuarantin di rumah.
Namun, laporan sebenar menyatakan gelang yang dipakai mereka itu adalah tag untuk masuk ke sebuah kedai haiwan peliharaan di sana.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis mengambil tindakan pantas menjejaki mereka susulan laporan yang diterima pada 3.25 petang Ahad lalu.
Laporan tersebut menyatakan pasangan tersebut yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun, dilihat berda di kawasan parkir Bukit Bendera.
“Menurut pasangan itu, mereka pergi ke sebuah kedai haiwan peliharaan di bandar pada hari berkenaan, dan masing-masing diberikan gelang tangan merah jambu untuk memasuki premis.”
Mereka menyatakan tidak menanggalkan gelang tersebut kerana bercadang untuk kembali semula ke kedai tersebut pada hari itu.
Pasangan itu kemudiannya ke Bukit Bendera untuk membeli tiket pada jam 3 petang, tetapi kerana terpaksa menunggu terlalu lama, mereka membatalkan rancangan dan telah ke pusat beli belah.
Berdasarkan pemeriksaan dengan Kementerian Kesihatan, pasangan itu tiada dalam senarai dan tidak pernah ke luar negara dalam masa yang terdekat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.