Satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai selepas dia memaparkan sebuah majlis perkahwinan pasangan di China mahukan makanan Malaysia sebagai juadah buat tetamu yang hadir ke majlis mereka.
Ada nasi lemak, karipap, keropok dan banyak lagi..
Dalam video tersebut, pemilik yang juga mempunyai servis katering memaklumkan dirinya telah mematuhi permintaan pasangan China itu yang mahukan juadah serta beberapa jenis kuih-muih dijamu buat tetamu.
Orang China kahwin pun nak makanan Malaysia. Alhamdulillah, hari ini aku ada buat masakan catering, ada orang Shanghai kahwin, dia nak makanan daripada secretflavour (kedai miliknya yang menyajikan hidangan berasaskan dari Malaysia).
@secretflavorshanghaiOrang China kasih pun nak makan Malaysia food..secret flavor nasi lemak
Difahamkan, individu tersebut telah memasak beberapa lauk sampingan berserta nasi lemak, kuih karipap, keropok, air sirap serta air teh tarik yang sememangnya sinonim dengan rakyat di Malaysia.
Netizen kagum, membolehkan makanan Malaysia lebih dikenali
Bahkan, dapat dilihat, meja juga dihias dengan beberapa kepingan bunga mawar yang lagi menaikkan seri di hari bahagia pasangan berkenaan serta keluarga mereka.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen kagum melihat juadah tradisional Malaysia menjadi hidangan utama di majlis perkahwinan pasangan di China.
Dalam pada masa yang sama, netizen percaya cara ini juga membolehkan makanan Malaysia menjadi lebih dikenali di mata dunia.