Pasangan Cerita Pengalaman ‘Diganggu’ Selepas Tonton Filem “The Conjuring 2”

Trending

Pasangan Cerita Pengalaman ‘Diganggu’ Selepas Tonton Filem “The Conjuring 2”

Filem The Conjuring 2 kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Ia diarahkan oleh James Wan, merupakan kesinambungan kepada filem The Conjuring sebelum ini yang pernah mempopularkan semula kisah seram patung ‘Annabelle’. Satu pasangan di Sarawak telah menonton tayangan tengah malam filem ini di Miri, Sarawak. Apabila bermalam di sebuah bilik hotel selepas menonton filem itu, pasangan ini telah diganggu. Ini cerita Damien Ng, yang telah diganggu selepas menonton The Conjuring 2:
croppeddamien

 

Advertisement

Jadi ini berlaku malam tadi selepas menonton filem The Conjuring 2.

Kami balik ke bilik hotel lebih kurang pukul 2.30 pagi. Disebabkan terlalu letih, kami tidur sekejap. Lebih kurang pukul 2.45 pagi, Legacy Voronia bercadang gosok gigi terlebih dahulu sebelum menyambung tidur.


Lepas gosok gigi, Legacy keluar dan bertanya pada saya jika saya membuat ‘prank’ dengan melukis salib pada cermin tandas. Saya keliru, kerana saya memang berehat atas katil saja sepanjang masa dan saya fikir dia yang sedang cuba ‘prank’ saya.

Kemudian kami sedar yang kami memang tidak cuba ‘prank’ sesama sendiri. Saya kemudiannya pergi ke tandas untuk memeriksa tanda salib tersebut. Ia kelihatan baru dilukis. Saya dapat lihat titisan air jatuh perlahan dari satu sisi ‘salib’ itu.

13319788_1001531569961000_5558980463101552006_n copy

Kemudian saya tanya Legacy, takkan saya yang lukis sedangkan dia yang berdiri depan cermin sepanjang masa? Lagipun, jika saya yang lukis, takkan dia tak perasan kehadiran saya? Kami keluar dari bilik dan meminta bilik kami ditukar. Syukur, staf memahami keadaan kami dan melayan permintaan kami dengan segera. Kami berpindah ke bilik baru pada pukul 3.00 pagi. 3.00 pagi? Witching hour? Hmm…

(Nota penulis: dalam kepercayaan supernatural, istilah ‘witching hour’ merujuk kepada waktu di mana ahli sihir, syaitan dan hantu kerap muncul, waktu di mana mereka dikira paling berkuasa dan ilmu hitam pula dikira paling berkesan)

Kami kembali ke bilik itu pagi ini untuk mengambil barang-barang kami. Apa yang kelakar, lukisan salib itu telah hilang. Nombor bilik kami ialah 6115 (Wing baru). Staf di I***** Hotel memberi kerjasama dengan sangat baik. Selepas tukar bilik kami tidak mengalami kejadian pelik lagi.

Ini kali pertama saya terserempak aktiviti paranormal dan ia menaikkan bulu roma kami. I***** Hotel tetap menjadi pilihan utama kami jika bermalam di Miri kerana staf dan lokasi yang baik.

-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...