Pasangan Budak Sekolah Kena Tangkap Basah, Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Bilik Mandi Masjid Di Siang Hari

Kehidupan

Pasangan Budak Sekolah Kena Tangkap Basah, Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Bilik Mandi Masjid Di Siang Hari

Sudahlah mahu lakukan perkara tidak senonoh dan terkutuk berani pula tu buat di tempat suci, di rumah Allah.

Itulah yang berlaku baru-baru ini di mana satu pasangan bawah umur yang ditangkap selepas kantoi berdua-duaan di dalam bilik mandi sebuah masjid.

Advertisement

Kejadian itu berlaku di Desa Bendoharjo, Gabus, Jawa Tengah dan kelakukan pasangan kekasih tersebut dilihat oleh penduduk yang kemudian mengepung sebelum menangkap kedua-duanya.

Rakaman ketika kejadian itu berlaku tular di internet menunjukkan situasi ketika pasangan tersebut cuba melarikan diri daripada bilik mandi ketika ditahan penduduk.

Menurut media tempatan, kedua-dua mereka kemudian diarahkan untuk berarak mengelilingi kawasan kampung sebelum mereka dibawa ke balai polis.

Keluarga remaja lelaki dan perempuan itu dilaporkan hadir ke Balai Polis Gabus dan terkejut dengan kelakuan anak mereka sehingga ditangkap.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit memaklumkan kepada penjaga bahawa dia mahu keluar membeli kertas untuk kegunaan di sekolah namun sebenarnya dia ke sebuah masjid yang sunyi bersama kekasihnya itu.

Ketua Polis Gabus, Sunarto berkata keluarga remaja lelaki tersebut memaklumkan mereka sedia bertanggungjawab untuk kahwinkan pasangan itu jika keluarga remaja perempuan tersebut bersetuju.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Pergi Konsert Dengan Skandal, Lelaki Cuba Sorok 'Phone' Waktu GF 'Call' Tapi Kantoi Dekat TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kompas.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...