Pasangan ‘Antivax’ Beli Sijil Vaksin Palsu Sebab Tak Mahu Terlepas Dapat Bonus Tahunan Kerajaan

Berita

Pasangan ‘Antivax’ Beli Sijil Vaksin Palsu Sebab Tak Mahu Terlepas Dapat Bonus Tahunan Kerajaan

Sepasang suami isteri yang juga penjawat awam dicekup pihak polis selepas didapati membeli sijil vaksinasi Covid-19 palsu.

Menurut Awani, pasangan berusia 33 dan 28 tahun itu berbuat sedemikian kerana tidak mahu terkecuali daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati pasangan terbabit membeli sijil palsu itu pada harga RM500 setiap satu.

Sijil vaksinasi palsu itu dikatakan dijual oleh rakan sekerja mereka di jabatan yang sama berusia 58 tahun yang juga bertindak sebagai orang tengah.

Kegiatan pasangan ini menggunakan sijil vaksinasi palsu mula terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi ‘Mysejahtera’ berstatus vaksin lengkap dua dos yang dimiliki mereka sebelum membuat semakan di Klinik Kesihatan Rembia.”

Hasil semakan klinik berkenaan mendapati kedua-dua mereka tidak pernah menerima apa-apa suntikan vaksin dan laporan polis kemudian dibuat kerana suami isteri telah menipu pihak jabatan.

Pasangan itu dan rakan sekerja terbabit telah pun ditahan pada Selasa, di sekitar Melaka serta telefon bimbit turut dirampas. Pihak polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai penjual sijil vaksinasi itu.

Rakan sekerja yang bertindak sebagi orang tengah itu telah mendapatkan muat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu ini daripada suspek yang masih bebas, yang digelar nama ‘Vnilai’.”

Difahamkan, pasangan ini pernah membuat laporan polis pada tahun lepas kerana keengganan mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketiga-tiga suspek itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sijil Vaksinasi Palsu RM2,500
3 years ago

"Vaksin Percuma Tak Mahu Ambil.." - Anti-Vaksin Sanggup Bayar RM2,500 Demi Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...