Pasangan Berumur 13 Tahun Terjun Sungai Sebagai Tanda Protes Sebelum ‘Diselamatkan’ Oleh Seekor Biawak

Kehidupan

Pasangan Berumur 13 Tahun Terjun Sungai Sebagai Tanda Protes Sebelum ‘Diselamatkan’ Oleh Seekor Biawak

Betul lah orang kata zaman bercinta semuanya indah belaka. Gunung tinggi sanggup di daki, lautan api sanggup ku renangi. Mungkin itu lah yang bermain di kepala pasangan muda berusia 13 tahun ini yang sanggup terjun ke sungai bersama-sama demi menunjukkan ‘protes’ pada ibu mereka.

Seperti yang dilaporkan oleh China Press, kejadian yang berlaku di Thailand ini bermula apabila ibu kepada gadis ini melarang hubungan cinta mereka. Barangkali marah dengan ibunya itu, kedua-dua mereka berpegangan tangan dan terjun ke dalam sungai.

Advertisement

Tetapi tak dapat nak dipastikan apakah motif mereka untuk terjun ke dalam sungai yang dalam itu. Mungkin nak tunjuk protes lah kot. Sanggup mak larang hubungan kami ni.. 

via GIPHY

Namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ketika di dalam sungai, mereka ternampak seekor biawak yang berenang di dalam sungai dan gadis itu mula panik dan melepaskan tangan teman lelakinya itu.

Dia kemudian bergegas berpatah semula untuk ke darat tetapi malangnya dia tidak tahu berenang dan terkapai-kapai di situ. Teman lelakinya juga mengalami kesukaran untuk berenang sambil cuba melawan arus.

via GIPHY

Nasib mereka baik apabila seorang pejalan kaki yang ternampak mereka terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mereka. Gadis tersebut dikatakan hampir mati lemas dan berada dalam keadaan kritikal tetapi sempat diberikan bantuan perubatan selepas itu.

orang ramai membantu mangsa lemas
mangsa lemas diberi bantuan
Ibu kepada lelaki tersebut tahu mengenai hubungan mereka tetapi menghalangnya kerana mahukan mereka untuk fokus kepada pelajaran. Hubungan selama lapan bulan itu juga dihalang oleh ibu gadis itu dan melarang mereka untuk berjumpa lagi.

Macam-macam hal sekarang ni. Nasib baik tak ada apa-apa yang lebih buruk terjadi. Nasib baik ada biawak yang ‘menyedarkan’ pasangan muda ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...