Pasang Pendakap Gigi Palsu Dengan Doktor Gigi YouTube Bakal Rosakkan Gigi
Trending. Diterbitkan 26 Sep 2018 10:16 pm .
oleh AbangNara
Biasa dengar tentang “Fake braces” kan? Yang selalu orang duk jual di insta tu.
Diorang belajar pasang benda ni di youtube. Mari kita tengok hasilnya.
Ini kelakar. Cuma pasang power chain (warna pink) sahaja. Tak ada dawai. Apa fungsi pasang braces macam ini?
Ini pun kelakar juga. Pasang “fake braces” sampai gigi geraham kecil pertama sahaja. Apa fungsi braces tu agaknya?
Ini lagi satu. Memang tabiat penjual “fake braces” ni, suka pasang “rubber band” (warna hijau) dengan “power chain” (warna hitam) tu sekali. Tengok gigi atas. Dia ingat cantik ke ada warna warni macam tu?
Yang ini kes mak tak sabar nak pakaikan braces untuk anak dia. Penjual “fake braces” bukan peduli dengan gigi-gigi susu yang rosak tu. Gigi susu tau. Bukan gigi kekal. Kecil lagi budak tu. Takpe, yang penting duit masyuk.
Ini lagi kelakar. Di tengah-tengah tu gigi palsu. Cuba perhati betul-betul. Gigi palsu itu pun tipu juga. Dilekat gigi palsu dengan gigi yang ada. Lepas tu dilekat pula “fake braces”. Hadoilah
Ini hasil paling ‘kagum’ ah. Gigi taring yang terkeluar tu tak ada idea nak kena buat apa. Pasang bracket tunggang langgang. Sampai ada yang tercabut di tengah-tengah tu. Hadoi teruk betul.
Memasang “fake braces” daripada penjual insta atau mana2 media sosial adalah membahayakan gigi anda sendiri. Jika sudah terpasang @ tertipu, pergilah ke klinik gigi untuk membukanya. Laporkan penjual “fake braces” ke [email protected]