Pasang Khemah Kenduri Sehingga Halang Jalan, Boleh Didenda RM1,000

Trending

Pasang Khemah Kenduri Sehingga Halang Jalan, Boleh Didenda RM1,000

Sudah menjadi kebiasaan apabila ada majlis perkahwinan ataupun kenduri di kawasan perumahan, pastinya khemah akan dipasang di hadapan rumah.  Tiada siapa pernah tahu sebenarnya meletakkan khemah di kawasan laluan jalan awam adalah satu kesalahan.

Advertisement

Untuk makluman anda, perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dimana ia dikira melakukan kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau halangan di kawasan awam. Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Malah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh menyerbu majlis anda sekiranya mendapat aduan daripada jiran ataupun mereka yang melalui kawasan berkenaan.

Walaubagaimanapun, semuanya boleh dibawa berbincang. Pastikan anda memaklumkan jiran anda tentang penutupan jalan sekiranya ingin mengadakan sebarang majlis. Jagalah juga ketenteraman awam seperti jangan buat bising dan parkir kenderaan dengan baik.

Sumber Berita : Pandu Laju

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...