Pas Imigresen Warga Asing Boleh Dibatalkan Jika Mereka Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat Dan Memburukkan Negara

Trending

Pas Imigresen Warga Asing Boleh Dibatalkan Jika Mereka Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat Dan Memburukkan Negara

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.

Ini semua susulan sebuah dokumentari yang dihasilkan oleh Al Jazeera, agensi berita antarabangsa mengenai kawalan pandemik COVID-19 di Malaysia. Di dalam dokumentari tersebut, warga asing yang ditemu bual memberitahu kerajaan Malaysia bertindak kejam dalam mengendalikan warga asing.

Advertisement

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud telah meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas pengajian, lawatan kerja sementara dan pas residen supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan. Sekiranya kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia, mereka juga boleh dikenakan tindakan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta.”

al jazeera

Sedutan dari dokumentari tersebut

Beliau turut memberitahu laporan mengenai operasi JIM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan oleh agensi berita antarabangsa itu, adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.

“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu telah memeriksa 3,352 warga asing, namun jumlah ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.”

Malah, kerajaan Malaysia turut memberikan rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI). Sehinggakan kedutaan asing memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan.

Sebelum ini, isu ini turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, apabila beliau mencabar Al Jazeera untuk menunjukkan mana-mana negara yang berikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen.

“Jawapannya tidak ada kerana semua negara ada akta yang hampir sama dan semua warga asing yang masuk kena ada dokumen yang sah.”

Dokumentari Al Jazeera bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown | 101 East itu mengisahkan tentang kawalan pandemik COVID-19 yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Namun, isu yang diutamakan di dalamnya adalah mengenai layanan prejudis kepada warga asing dan beberapa tuduhan tidak berasas kepada Malaysia.

Artikel berkaitan: Laporan Al Jazeera Mengenai Tindakan Prejudis Malaysia Pada Warga Asing Membangkitkan Kemarahan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...