March 1st, 2018

Ketika pelakon Datuk Farid Kamil ditahan reman atas kesalahan mengamuk di balai polis dan sah positif dadah jenis ganja, ramai yang tertanya mengapa terdapatnya kecederaan pada bahagian dahi beliau. Apa sebenarnya yang berlaku?

Lama berdiam diri mengenai isu terbabit, Farid semalam menerusi satu sidang media khas mendakwa beliau dipukul oleh 11 orang anggota polis ketika beliau di dalam lokap. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.00 pagi pada hari ketiga di lokap.

Saya didatangi 11 orang individu berpakaian preman, kemudian saya diikat dengan baju putih. Apabila saya sedar dahi saya berdarah dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.

Sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 31 Januari lalu, Farid kecewa kerana tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil. Sehingga hari ini beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak polis.

Sumber Berita : Astro Awani


34 responses to “Parut Di Dahi : Farid Kamil Dakwa Dipukul Anggota Polis Ketika Dalam Lokap”

  1. Poo poo says:

    Wei sial la lu… Malu org kedah wei… X penah bersyukur x penah nak minta maaf… Berlagak cam hebat…. Blahlah…

  2. anonymous says:

    pelakun kayu senior muka pecah jamban

  3. yeeha says:

    satu dunia ko nak pusing..dr satu ke satu.

  4. Tini Tempah says:

    Abg ipar kakak Aku pun polis. Pukul tahanan dgn tujuan utk dapatkan penjelasan @bukti adalah perkara biasa. Tp tidaklah sampai patah riuk korang. Klu layan lembut korang x nak bg kerjasama. Jd tu makan dia.

  5. Anonymous says:

    Funny thing is,camana dia bole tau exactly 11 polis pukul dia,sempat plak kira brapa orang pukul dia Adoi

Loading...