Paru-paru Vaper Tegar Penuh Minyak Beku, New York Haramkan E-Rokok

Trending

Paru-paru Vaper Tegar Penuh Minyak Beku, New York Haramkan E-Rokok

Gambar sinar-x ini menunjukkan paru-paru yang penuh minyak beku pada seorang pemuda 19 tahun yang mengancam nyawa.

Anthony Mayo, jatuh sakit minggu lepas di Pennsylvania dan dia tidak dapat bernafas sendiri kerana paru-parunya tepu dengan minyak vape yang beku.

Advertisement

Bapa Anthony, Keith, menyatakan, para doktor memberi amaran bahawa saat ini, pada umur 19 tahun, paru-paru anaknya sama dengan keadaan paru-paru seorang perokok tegar berusia 60 tahun yang merokok dua kotak sehari.

Keith menambah, anak lelakinya sudah menghisap vape selama dua tahun dan telah mencuba minyak berperisa seperti minyak blueberry, ikan Swedish, gula-gula kapas, roti bakar kayu manis rangup dan sebagainya. Kadangkala, anaknya akan menghisap vape perisa THC, di mana ramuan psikoaktifnya ialah marijuana.

Minyak  itu kini membeku dalam paru-parunya dan menyalut di kesemua permukaan.

Anthony mula dibawa ke hospital kerana batuk pada 8 September. Doktor pada mulanya menyangka dia terkena bronkitis dan beri dia antibiotik, dan memberitahu dia akan sembuh dalam masa beberapa hari.

Dua hari kemudian, Anthony bertukar pucat dan kesakitan. Dia kemudian dibawa ke bilik kecemasan. Doktor bimbang dia telah mendapat pneumonia, yang menyebabkan paru-paru bengkak dan terisi dengan cecair, jadi mereka berikan dia antibiotik yang lebih kuat dan steroid.

Kemudian, Anthony bertemu dengan doktor keluarganya kerana keadaannya ‘sangat teruk’. Doktor itu juga memberi antibiotik dan steroid yang lebih kuat serta sejenis ubat yang boleh membantu masalah pernafasan. Tetapi keadaannya semakin teruk.

Pada Ahad, dia batuk semalaman dan kembali dimasukkan ke wad kecemasan pada Isnin, di mana hasil ujian menunjukkan tahap oksigennya hanya berada pada 36 peratus, sedangkan menurut Mayo Clinic, jika berada di bawah 90  peratus pun sudah dianggap paras rendah yang merbahaya. Kata Keith,

Seperti kata doktor, bila saja anda masukkan cecair dan minyak ke dalam paru-paru, anda menyebabkan komplikasi.

Doktor mengibaratkannya seperti minyak daging babi  yang mengeras apabila ia disejukkan. Anthony kini sedang dirawat di Hospital Komuniti Millcreek di Erie, Pennsylvania di mana dia diberikan bantuan oksigen 100% supaya dia boleh bernafas dan membantu mengeluarkan sebahagian dari minyak beku pada paru-parunya.

Campuran oksigen dipanaskan dan diletak sedikit cecair, yang seterusnya masuk ke dalam paru-paru dan dan mencairkan minyak beku tersebut, serta menggalakkan ia dikeluarkan dengan cara batuk.

Anthony batuk darah pada beberapa hari awal dia diberi rawatan tersebut, tetapi kini cecair yang keluar berwarna coklat dan hijau yang sangat pekat.

Pasti ia meninggalkan parut, cuma tak pasti sama ada parut yang dalam atau tidak. Kena tunggu dan lihat. Dia muda lagi, dan boleh sembuh dari semua ini.

Keith memberitahu anak lelakinya vape dua hingga tiga kali sehari di luar rumah mereka, tetapi dia tidak tahu ia sangat bahaya pada paru-paru anaknnya.

Dia rasa vape ni cool dan tak ada kesan sampingan. Saya pun bersalah dalam hal ini, kerana ikutkan katanya. Saya tak vape, tapi saya tak halang dia juga.

Keith percaya syarikat vape menyasarkan anak-anak muda dan remaja seperti anak lelakinya.

Perisa yang mereka keluarkan, bukan untuk pekerja binaan yang tengah bina bangunan atau eksekutif yang merokok dalam perjalanan ke mesyuarat. Semua perisa ini menyasarkan budak-budak dan remaja.

New York menjadi bandar pertama mengharamkan e-rokok Selasa lepas, manakala Presiden Trump telah memberi bayangan akan mengharamkannya di seluruh negara tidak lama lagi.

Vape menjadi popular setelah dipasarkan sebagai cara yang sihat untuk merokok berbanding rokok tradisional. – amazingnara.com via Metro UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...