Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Paru-Paru Rosak 20 Peratus, Aishah Lawan Kesakitan Dengan Mengaji Dan Zikir

Aishah

Penyanyi Aishah yang baharu saja sembuh daripada wabak COVID-19 tampil berkongsikan keadaan kesihatannya sebaik sahaja dibenarkan keluar daripada hospital.

Advertisement

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,56, dia kini sudah lima hari keluar dari wad dan tahap oksigen serta paras gula dan darahnya kini berada dalam keadaan stabil.

Meskipun begitu, kesan sampingan dijangkiti wabak tersebut ialah dia mengalami kerosakan paru-paru lebih kurang 20 peratus.

Saya diberitahu kerosakan pada paru-paru lebih kurang 20 peratus. Walaupun anda semua nampak saya terlebih aktif dan ada yang risau mungkin terlalu aktif, sebenarnya saya paksa diri untuk buat macam tu. Pemikiran saya kalau tak kuat lawan, traumanya boleh kita buat termenung je, otak blur dan trauma.

Jelas penyanyi lagu Janji Manismu ini lagi, dia mengatasi kesan jangkitan penyakit COVID-19 dengan sentiasa mengaji dan berzikir kerana enggan merasa terganggu akibat impak disebabkan oleh penyakit tersebut.

Kalau i layankan (kesan COVID) boleh jadi macam ‘zombie’ kadang-kadang. Alhamdullilah kesan tu saya lawan dengan sentiasa mengaji dan berzikir. Kalau ikut sedap hati layan tengok dinding sahaja.

Advertisement

Tambahnya lagi, dari segi fizikal dia kini sering berasa cepat penat dan tidak boleh berdiri lama selain badan sentiasa rasa melayang dan perlu baring secepat mungkin untuk mengelakkan rebah.

Terdahulu, Aishah dirawat di Hospital Ampang selama lebih kurang dua minggu akibat COVID-19 sebelum pulih dan kemudian dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top