Seorang pengguna Facebook bernama Al Nur telah mengongsikan kesakitan yang ditanggung oleh adik lelakinya di bahagian dada setelah menghisap vape selama empat bulan.
Lelaki ini mula menghisap vape setelah berhenti merokok.
Ini menyentuh hati. Proses penyembuhan sangat menyakitkan. Tolong yakin, adikku sayang.
Kepada yang bertanya, ini ialah kesan menghisap ‘vape’ selama empat bulan setelah berhenti merokok. Adik saya sakit dada selama dua hari dan mengalami sakit yang lebih teruk pada hari ketiga. Kami menyangka ia hanya sakit dada yang normal tetapi selepas imbasan sinar-X doktor mendapati paru-paru sebelah kanan telah mengecut.
Doktor telah membuat lubang pada satu hos dan mengeluarkan udara untuk membesarkan semula paru-parunya seperti normal. Jika kaedah ini gagal sebelah paru-paru adik saya boleh ‘hilang’.
Sakit? Saya jamin ini sangat menyakitkan. Kesan menghisap ‘vape’ dan merokok bergantung pada individu tetapi ini satu peringatan ‘awal’ kepada adik saya untuk berhenti menghisap ‘vape’ dan merokok.
Penggguna tegar vape sering menyatakan menghisap vape tidak berbahaya sama sekali tetapi dalam kes ini, keadaan menunjukkan sebaliknya. Mungkin ini juga satu bentuk peringatan kepada mereka di luar sana yang masih berdegil untuk berhenti menghisap vape atau merokok dan mula mengamalkan gaya hidup sihat. – amazingnara.com