[PART 2] Kisah Rasuk Wad 3 Hospital Mersing

Trending

[PART 2] Kisah Rasuk Wad 3 Hospital Mersing

Sambungan Part 1…

Doktor Yazeed tersebut pun tiba di hadapan wad 3. Menerusi pintunya yang terbuka dan kelihatan pesakit di katil hujung, kaki dan tangannya diikat pada katil. Kepalanya tertunduk tiba-tiba diangkat dan ditoleh ke arah Doktor Yazeed. Doktor Yazeed yang tadinya laju berjalan teru sahaja berenti. Kini, Doktor bertentang mata dengan pesakit itu. Mata putihnya yang merekah merah, anak matanya kecil. Di dahi, urat-uratnya kekar, dan paling membingungkan Doktor tersebut, kulitnya seakan-akan warna hijau. Lepas tu pesakit tersebut menggelupur macam ayam kena sembelih. Bergoncang besi katil tersebut. Bila Doktor itu langkah setapak ke hadapan, pesakit tersebut berhenti menggelupur dan merenung Doktor tersebut. Bulu roma Doktor tersebut terus meremang.

Advertisement

“Ya Allah, permudahkanlah urusan aku” kata Doktor tersebut di dalam hati.

Doktor itu cuba kuatkan semangat dan nekad, namun setelah terlihat kelibat lembaga yang berdiri di sebalik langsir bilik kuarantin yang terletak di sebelah katil pesakit, Doktor itu mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan.

“Bro, kau datang Wad 3, SEGERA!” kata Doktor itu pada dressar di Jabatan Kecemasan menerusi telefon.

“Kenapa, doktor? Teruk ke?”

“Kau orang datang je ah!” tegas Doktor tersebut.

Sebaik sahaja Doktor itu tamatkan panggilan telefon itu, Doktor itu terima panggilan dari nombor hospital. Dia pun segera menjawab.

“Hello..”

“Doktor, doktor yang oncall hari ni?”

“A’ah. Kenapa?”

“Ni dari Wad 2. Patient kat wad ni semua menangis ni. Kita orang dah check macam semua Ok. Tak tahu kenapa semua menangis ni. Doktor datang periksalah…” kata jururawat dari wad kanak-kanak.

Hati Doktor itu dah tidak tentu arah. Pesakit tadi pun dia belum sempat periksa. Nak tengok budak-budak di Wad 2 dulu ke, tengok pesakit Wad 3 ni dulu? Mana lebih utama? Mana lebih urgent? Doktor itu pun jadi bingung.

“Doktor, apa cerita?” bahu Doktor itu ditepuk, kedengaran suara 2 orang dressar yang Doktor itu panggil dari Jabatan Kecemasan tadi.

“Ok. Kejap lagi saya datang” kata Doktor itu pada jururawat Wad 2 yang berada di telefon. Doktor tersebut mengambil keputusan untuk lihat pesakit Wad 3 dahulu kerana dressar dah sampai.

“Jum. Kau orang kena teman aku tengok pesakit ni.” kata Doktor tersebut pada dressar-dressar itu.

 

Bertemankan 2 orang dressar, Doktor tersebut melangkah masuk ke dalam Wad 3. Pesakit di katil hujung tu masih meracau. Jururawat semua tercegat beberapa kaki dari katil. Berdiri sahaja. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik pesakit tu dah diikat.

“Yana, kau prepare Mida ubat pelali. Kau tolong pegang dia, Man” arah Doktor itu pada jururawat dan dressar.

Man tak bergerak. Dia diri membatu sambil pandang Doktor tersebut. Apa hal pula si Man ni..

“Kau takut apa, Man? Aku kan ada!” tegas Doktor itu pada man. Doktor itu bukan berani sangat pun, tapi dalam situasi ni terpaksalah dia tunjuk berani. Kalau tak, tak selesai masalah.

Perlahan-lan kita orang dekati katil. Kaki rasa berat je. Kalau ikut hati tak mahu, tapi kena buat juga. Bila dah dekat, mula terbau aroma yang menusuk hidung. Busuk bukan main. Ah, lantak ah!

“OK, 1… 2… 3!”

Man dan seorang lagi dressar pun terus tangkap tangan patient tu. Sambil Doktor tersebut ambil picagari pelali, lumat kamit dia baca surah. Entah betul entah tidak. Lintang pukang bacaan.

Masa Doktor tersebut nak cucuk ubat pelali, Doktor itu terpandang ke luar tingkap. Ada sepasang mata yang memandang ke dalam. Lemah terus rasa otot Doktor tersebut. Pundi kencing rasa nak bocor, tapi memandangkan jarum dah cucuk, dia kuat kan diri untuk tekan picagari bagi masuk ubat pelali.

Telefon Doktor tersebut berbunyi sebaik sahaja dia selesai suntik pesakit. Tangan Doktor tersebut punyalah terketar-ketar, sampai tak boleh nak “slide” skrin untuk unlock telefon. Lepas 4 kali cuba baru boleh jawab panggilan.

“Doktor jadi datang, tak?” soal jururawat Wad 2.

Hampir dia terlupa pasal Wad 2, nasib baik jururawat ni telefon ingatkan.

“Saya on the way ni.” jawab Doktor sebelum bergegas ke Wad 2. Dia heret sekali Man pergi. Cuak Doktor itu nak pergi seorang. Din, seorang lagi dressar tu, dia suruh tunggu di Wad 3.

Masa di koridor, angin bukan main kuat. Hospital Mersing ni terletak betul-betul depan pantai, bila malam biasanya angin bertiup ke arah laut atau namanya bayu darat. Tapi malam tu angin bertiup berubah ubah hala. Macam ribut.

Sampai di Wad 2, Doktor itu terus periksa budak-budak tu semua. Semuanya Ok, kecuali seorang demam tinggi 39.5°C. Bidang aku suruh beri Paracetamol.

Doktor tersebut rasa budak-budak ni menangis sebab angin menderu-deru. Pokok besar di luar semua bergoyang-goyang. Bunyi desir angin dan daun tu memang seram. Macam bunyi orang bersiul panjang dan nyaring.

“Entah-entah dia orang semua nampak something tak?” kata Man.

Mungkin juga. Namun, Doktor itu diamkan sahaja persoalan Man. Dia tak respon apa-apa sebab tak nak jururawat wad 3 takut.

“Dah, kita pergi tengok balik patient Wad 3 tadi” ajak Doktor tersebut.

Masa kami sampai ke Wad 3, pesakit tadi dah lemah, longlai, terbaring, mata dah tak merah. Mukanya pucat. Peluh membasahi mukanya. Tanda vitalnya stabil. Itu yang penting.

Alhamdulillah…

“Doktor, tadi lepas doktor keluar dari wad, kita orang pasang bacaan ayat Al-Quran kuat-kuat sebab dia masih meronta-ronta. Tak lut bius yang doktor bagi tu” kata jururawat Wad 3.

“Oh ye ke? Lepas kau orang pasang ayat Quran, baru dia Ok?” soal Doktor tersebut.

“Mana nya. Lepas Wak Leman datang baca ruqyah tadi baru Ok. Lain kali, baca ayat Al-Quran, bukan pasang bacaan.” kata Din. Pak Leman tu, pengawal keselamatan di Hospital Mersing.

Esoknya, masa lepas solat Zohor, Doktor itu nampak beberapa orang kontraktor tengah tanda pokok besar di perkarangan hospital.

“Dia orang tebang pokok ni ke? Tanya Doktor tersebut kepada Pak Leman yang sambung syif malam dia sampai petang nanti.

“A’ah. Itu yang aku risau ni.” kata Pak Leman.

“Kenapa? Takut tumbang kena bangunan?” tanya Doktor itu.

“Bukan. Semalam dia orang tebang belah sana, yang kecil sikit. Itu pun malam tadi dah huru-hara dibuatnya. Kau pun ada kan semalam.”

“Apa kena mengenanya?”

“Orang kata, masa hospital ni buat, dia orang pindahkan makhluk halus dari kawasan hospital ke pokok-pokok ni. Bila ditebang, inilah jadinya. Itu baru yang kecil. Ni nak tebang yang besar hari ni. Malam ni tengok apa pula jadi.” jelas Pak Leman.

Hish! Biar betul Pak Leman ni? Kenapa tak di buang ke laut je makhluk-makhluk tu. Ada ke ‘letak’ dekat pokok. Dalam hospital pula tu.

Ah lantaklah. Yang penting malam ni aku tak oncall. Bisik dalam hati Doktor tersebut

Pengalaman malam tu memang membuat Doktor tersebut meremang setiap kali terkenang. Namun, ia pengalaman yang berharga. Dia sendiri alami benda tu. Bukan dengar dari mulut orang.

Itu pengalaman pertama di Hospital Mersing, dan ada beberapa kali lagi Doktor tersebut alami perkara yang mistik sepanjang kerja di sana.

Cerita ini tak berhenti begitu sahaja ! Pernah dengar orang kata “Benda itu boleh ikut kau balik?”

Ya, dia betul ikut Doktor itu balik! Si Dia terus menghantui hidup Doktor itu sehingga kini…

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...