Ini kisah benar, lebih kurang 5 tahun lepas, pada jam 2 pagi.
Pada waktu itu terdapat seorang doktor lelaki yang sedang oncall atau kata nama lainnya atas panggilan. Kebiasaannya MO oncall akan bersiap sedia di Jabatan Kecemasan. Tapi masa itu doktor tersebut tiada kes jadi dia dan kawan-kawan dia lepak dibilik ambulan untuk tengok astro sambil layan kopi o cicah biskut kering.
Tepat jam 2 pagi doktor tersebut menerima panggilan
“doc, urgent ward 3 (ward perempuan) ada patient mengamuk, histeria“ Ahhh !! dalam hati .. aku pun balas Ok saya datang sekarang !
Pada pukul 2 pagi doktor tersebut menapaklah jalan kaki sampai wad 3 nun jauh dibelakang sana, dengan angin mendung laginya lagi, terpaksalah terus kan perjalanan, sambil baca apa yang terlintas di kepala, bulu roma dah meremang, jiwa dah goyang, sebab dia dah boleh agak kenapa ward 3. Ward yang paling banyak sejarah di hospital Mersing dan paling dekat dengan “POHON BESAR“ itu.
Sewaktu dalam perjalanan kesana, dalam malam yang gelap gelita, lampu jalan pun suam-suam kuku, dia nampak seorang pakcik yang berkopiah, berjanggut putih sedang menolak kerusi roda kearah bilik mayat , aku hanya nampak dari belakang.
“Siapa pulak pakcik (PPK ) (pembantu perubatan) ada janggut ni tak penah nampak“
“Kenapa pulak nak tolak wheelchair pergi bilik mayat 2 pagi“
Tapi doktor tu pun takde lah nak syak apa-apa, mungkin ada pekerja yang dia tak pernah nampak, tapi dia rasa dia kenal semua orang abaikan lah nanti lah fikir.
Sampai sahaja di ward, MasyAllah kakak-kakak misi dah berkumpul di satu sudut, muka semuanya pucat, dan tak mahu toleh kebelakang, pesakit lain pula semuanya selubung dengan selimut tinggal dia sahaja dipintu hadapan untuk melangkah masuk ke dalam. Bulu roma pun dah tak larat nak meremang lagi.
Terdengar sayup-sayup surah AlQuran yang dipasang dari telefon bimbit kakak misi, tiba-tiba berdentum-dentum bunyi pintu belakang wad 3. Angin makin kuat, ini serius macam dalam ‘movie‘. PENAH TENGOK MOVIE “ EXORCISM? Hah macam tu lah!
Nun jauh disana, Subahanallah. Dpktor tersebut rasa macam nak terkencing dalam seluar pun ada, pertama kali dia lihat dalam hidup dia
…… Si DIA….
Nantikan sambungan Part 2….