“Parodi Bukan Satu Jenayah” – Asiah Jalil Maklum Ellie Suriaty Tiada Hak Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf

Kehidupan

“Parodi Bukan Satu Jenayah” – Asiah Jalil Maklum Ellie Suriaty Tiada Hak Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf

Peguam kontroversi, Asiah Abd Jalil menerusi satu hantaran di Facebook tampil memberi pendapat mengenai permintaan pelakon Ellie Suriaty yang menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran Bard yang didakwa menghinanya sebelum ini.

Menerusi hantaran itu, Asiah memberi beberapa info mengenai kemelut yang sedang berlaku itu.

Advertisement

Semua orang tahu itu ‘content’ parodi saja. Dalam video yang lain, Imran Bard sebut nama orang lain juga.

Cuma Ellie Suriaty sorang yang sentap, aneh.

Menurut Asiah lagi, ‘content’ parodi yang dibuat Imran tidak salah di sisi undang-undang.

Komen saya, di bawah Rang Undang Undang (RUU) pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia, parodi bukan satu jenayah.

Tiada apa yang fitnah dalam video parodi tersebut.  Semua orang tahu, Ellie Suriaty bukan penyanyi, bukan peserta rancangan realiti nyanyian. Imran Bard hanya buat ‘content’ santai untuk hiburan semata-mata.

Peguam itu juga mempertikai tindakan Ellie yang menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran Bard.

Imran Bard bukan kanak-kanak. Di bawah undang-undang, kesalahan Imran Bard (jika ada) tidak boleh dipalitkan kepada ibu bapa.

Ellie Suriaty tiada hak untuk buat ‘demand’ begitu.

Sebelum ini, Ellie Suriaty atau nama penuhnya Ellie Suriaty Omar telah mengadakan satu sidang media bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kandungan yang dihasilkan oleh Imran pada petang Khamis.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

imran bard ellie suriaty
3 hours ago

"Minta Maaf Makcik" - Imran Bard Balas Kenyataan Ellie Suriaty, Maklum Ibu Dirawat Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...