Parlimen Malaysia, Pertama Di Dunia Mempunyai Kedai Serbaneka Pintar

Teknologi

Parlimen Malaysia, Pertama Di Dunia Mempunyai Kedai Serbaneka Pintar

Di dunia sekarang sudah terdapat banyak kedai serbaneka pintar yang tidak lagi memerlukan tenaga pekerja untuk menguruskan kedai tersebut dan memudahkan urusan jual beli tanpa menggunakan tunai.

Malaysia juga salah sebuah negara yang tidak ketinggalan menggunakan teknologi ini apabila Parlimen Malaysia melakar sejarah tersendiri membuka sebuah kedai serbaneka pintar sekaligus menjadikannya sebagai institusi parlimen pertama di dunia yang menggunakan konsep ini.

Kedai serbaneka pintar ini dikenali sebagai ‘Kedai Serbaneka Ximplicity’ yang akan beroperasi selama 24 jam di Parlimen Malaysia, dikuasakan oleh aplikasi BingoBox.

Advertisement

Dipetik dari Bernama, kedai ini juga akan beroperasi 24 jam tanpa tenaga kerja manusia, serta dilengkapi sistem keselamatan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kedai ini boleh menjadi inspirasi kepada peruncit di seluruh negara dalam usaha mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.

Advertisement

Ini kerana untuk memasuki kedai berkenaan, pelanggan perlu memuat turun aplikasi BingoBox di peranti telekomunikasi pintar mereka dan mengimbas kod QR yang dipaparkan di pintu kedai.

Pembayaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR dan membayar sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau dompet elektronik Boost serta Alipay.

 

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...