Parkara Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Membeli Rumah Lelong

Trending

Parkara Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Membeli Rumah Lelong

House auction concept shot with a sign, home and gavel

Memiliki sebuah rumah menjadi idaman setiap individu yang sudah bekerjaya. Rumah sememangnya menjadi keutamaan dalam perancangan hidup setiap orang. Ada yang mahu memiliki rumah untuk membina keluarga, ada juga yang mahu memiliki rumah untuk disewakan. Di sini kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah sendiri.

Secara amnya terdapat dua kos yang anda perlu ambik kira sebelum membeli sebuah rumah. Kos tersebut adalah Deposit dan kos kos lain.

Advertisement

Untuk membeli sebuah rumah, anda perlu menyediakan paling kurang 10% deposit/downpayment. 10% deposit ini adalah wajib untuk hartanah yang dilelong. Untuk subsale dan undercons, deposit mungkin boleh menjadi lebih rendah. Katakan sebuah rumah berharga RM200,000 deposit yang perlu disediakan adalah sebanyak RM20,000. Pecahan 10% deposit tersebut 3% booking dan 7% baki deposit.

Bila anda berminat nak close deal untuk sesebuah rumah, anda mestilah membayar 3% daripada nilai rumah sebagai tanda jadi. Sebelum itu, pastikan duit booking tersebut boleh dikembalikan jika loan dengan dengan bank tidak lepas. Serta pastikan ada bukti pembayaran. Ini memudahkan anda untuk claim balik jika loan rumah tidak lepas.

Kos-kos lain ni jarang disebut. Jika kalau anda nak beli rumah, anda kena tahu kos ini memang wujud, bukannya agen nak makan lebih. Kos kos lain antaranya adalah kos pinjaman dan duti setem pinjaman. Kos untuk ini sekitar 2.5% tapi boleh dimasukkan dalam loan korang. Kos untuk jurunilai, bank akan lantik valuer untuk menilai harga pasaran rumah tu. Kos ini perlu dibayar oleh pembeli. Kos jurunilai sekitar 0.25% dari harga rumah. Berita baiknya, anda boleh masukkan kos ni dalam loan

Kos perjanjian jual beli (S&P) dan duti setem. Kos ini sekitar 3% harga rumah. Untuk rumah undercons, pemaju biasanya offer serap kos ini. Total untuk kos lain lain membeli rumah, anda perlu ready lebih kurang 15% daripada harga rumah yang anda nak beli. Berita baiknya 5% untuk S&P, stamping, agreement dan valuation boleh dimasukkan dalam loan.

Nilai kos yang selamat untuk anda membeli rumah berharga 200k, anda kena ready lebih kurang RM30k just in case. Tapi RM20k pun sudah memadai.

// Undercons: Nama yang lain under construction, rumah ini adalah rumah dalam pasaran semasa. Ia hanya melibatkan pemaju dan pihak pembeli. Tidak melibatkan orang tengah. Rumah jenis ini biasanya boleh dibeli dengan harga lebih rendah kerana pada tahap ini pemaju akan memberikan rebat dan discount.

// Subsale: Bahasa lebih mudah adalah rumah second hand. Rumah ini adalah rumah terpakai, melibatkan tuan rumah dan pembeli sahaja. Kadang kadang melibatkan orang tengah. Broker. Rumah seperti ini dinilai berdasarkan sewa semasa dan juga kepadatan penduduk.

// Tertiari: Rumah lelong adalah rumah yang dilelong oleh bank. kelebihan membeli rumah lelong adalah harga rumah tersebut lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Sumber: @FaizWahab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...