Peminat-peminat 2NE1 semestinya merindui mereka setelah kumpulan gadis Kpop itu telah dibubarkan pada tahun 2016. Anda mungkin boleh mengubat sedikit kerinduan itu dengan salah seorang anggotanya Park Bom membuat ‘comeback’ dengan single terbarunya yang berjudul ‘Spring’ bertepatan dengan musim bunga di Korea sekarang ini.
Di dalam lagu ini anda bukan sahaja boleh menyaksikan Park Bom sahaja namun lagu ini juga menampilkan Sandara Park sebagai rapper jemputan. Selain lagu ‘Spring’ single album kembalinya Park Bom ini juga memuatkan 2 lagu lagi iaitu ‘My Lover’ dan juga ‘Embarassed’.