Pelbagai jenis isu yang netizen luahkan di media sosial sekarang termasuklah masalah keluarga, percintaan dan perancangan masa depan terutamanya kahwin.
Namun, luahan seorang wanita baru-baru ini mengundang kecaman ramai netizen di aplikasi Twitter selepas ia dimuat naik menerusi satu ciapan oleh ‘tweetfamous’.
Menerusi ruangan Q&A tersebut, wanita yang tidak diketahui identitinya itu mengadu tentang teman lelakinya dan rancangan perbelanjaan selepas berkahwin.
Dia meluahkan rasa kecewa kerana kekasihnya itu hanya mampu memberikan RM500 sebulan kepadanya selepas mereka berkahwin.
Jumlah itu menurutnya tidak mencukupi kerana ia jauh berbeza dengan duit belanja yang diberikan oleh ibu bapanya ketika ini iaitu RM3,000 sebulan.
Bf i cakap kalau kahwin dgn dia nanti dia boleh bagi i 500 sebulan. Tapi parents i pun bagi i allowance 3k monthl… — Tu je dia mampu. Kalau u nak cari yg lebih dari apa parents u bagi. U cari la org lain https://t.co/wYdRvO0M9N
— Shabina? (@ketengahketepi) October 8, 2022
Luahan wanita tersebut mendapat pelbagai reaksi berbeza dan kecaman ramai warganet di aplikasi tersebut.
Rata-ratanya mengkritik wanita tersebut kerana lebih memikirkan tentang hal tersebut berbanding perkara lain yang penting untuk difikirkan berkenaan hal rumah tangga.
Malah, ada yang menasihatinya untuk tidak bernikah dengan kekasihnya kerana dia tidak matang dan jika mereka berdua tidak sekufu.
Segelintir turut memberi nasihat tentang hal suami isteri dan elemen penting dalam kehidupan rumah tangga.
Sebab kebanyakan hubungan gagal adalah sebab masalah komunikasi dan kurang rasa hormat terhadap pasangan.”