Pelakon yang baru sahaja menamatkan zaman perkahwinannya baru-baru setelah dihimpit beberapa episod kontroversi, Nadia Brian sekali lagi dihujani dengan komen negatif daripada sesetengah individu mengenai paras rupa dan bentuk badan yang dimilikinya.
View this post on Instagram
Kata Nadia, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang masih lagi berterusan melakukan perkara tersebut terhadap dia.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi,30, mengakui berasa agak terkejut dan tidak menyangka ada juga mereka di luar sana yang sanggup menulis perkara sebegitu sehingga mengaibkan dirinya.
Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini yang ditemui media menjelaskan bahawa pada mulanya dia enggan melayan namun jika perkara itu semakin melampau, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
“Bila baca semua komen tersebut, terus terfikir mengapa mereka tergamak menulis komen seteruk itu dan mereka perlu ingat, negara kita ada undang-undang.”
Dia dalam pada itu turut menyampaikan sedikit nasihat kepada netizen agar menghormati kehidupan orang lain dan berhenti melakukan perkara tidak berfaedah seperti itu.
View this post on Instagram
“Kepada yang suka komen artis atau mana-mana individu dengan perkataan yang tidak sepatutnya seperti memalukan dan memperlekehkan tubuh badan, berhentilah, tidak bagus sebenarnya..” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi Instagram Story miliknya, dia ada memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan komen negatif netizen terhadap rupa paras dan tubuh badannya yang dianggap Nadia sebagai melampaui batas.