Paras Oksigen Turun Mendadak, Aishah Berharap Agar Tidak Ditidurkan

Hiburan

Paras Oksigen Turun Mendadak, Aishah Berharap Agar Tidak Ditidurkan

Penyanyi Aishah yang kini masih dirawat di sebuah pusat perubatan mengakui tertekan apabila doktor memaklumkan bahawa paras oksigennya turun ke 88 peratus selepas cubaan membuka alat pernafasan yang dipakainya, semalam.

Aishah
3 years ago

Alami Semput Dan Oksigen Tak Normal, Aishah Positif COVID-19

Advertisement

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,56, memohon doa daripada orang ramai agar dirinya tidak ditidurkan seperti pesakit COVID-19 yang lain.

Perkara tersebut turut dikongsikan Aishah menerusi hantaran Instagramnya untuk tatapan peminat.

Ya Allah mental tidak kuat hari ini, apabila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk intubate. Pagi tadi tahap oksigen saya 98 peratus, mereka cuba nak buka oksigen. Tapi apabila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen turun mendadak ke 88 peratus, terpaksa pakai oksigen semula..baru naik semula ke 95. Ya Allah teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ (ditidurkan).

Terdahulu, penyanyi lagu Janji Manismu ini telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam Isnin lalu setelah mengalami demam panas dan semput.

Ujarnya lagi, dia berharap agar tidak ditidurkan kerana masih banyak tanggungjawab di bahu yang belum diselesaikan.

Dia dalam pada itu turut memohon ampun jika terdapat salah silap serta dosa seperti terkasar bahasa dan sebagainya sepanjang hidupnya.

“Teman-teman tolong doakan saya, saya tak nak sampai ke situ. Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak. Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa saya sekiraranya pernah terkasa kata dan sebagainya..” akhiri Aishah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...