Para Isteri Tergoda, Zul Ariffin Buka Mulut Isu Foto Panas – “Mereka Sekadar Menyakat Je”

Hiburan

Para Isteri Tergoda, Zul Ariffin Buka Mulut Isu Foto Panas – “Mereka Sekadar Menyakat Je”

Pelakon Zul Ariffin, 39, menarik perhatian ramai selepas berkongsi foto tanpa berbaju di Instagram yang memperlihatkan bentuk tubuhnya yang lebih sasa.

Kebanyakan komen daripada netizen, terutama wanita, mengusik penampilannya, namun Zul menganggap ia sekadar gurauan. Katanya kepada mStar,

Advertisement

Saya perasan, tapi tak ada yang keterlaluan. Mereka sekadar menyakat sahaja.

Zul menjelaskan transformasi tubuhnya adalah hasil daripada latihan intensif tinju bagi persiapan filem terbaharu yang dibintanginya.

Selepas penggambaran, baru saya ada masa bercuti dan sempat muat naik gambar. Ramai juga yang minta saya lebih aktif kongsi foto di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Menurut Zul, gaya hidup sihat yang diamalkannya kini membuatkan beliau lebih bertenaga dan yakin dengan penampilan diri.

Alhamdulillah, saya rasa lebih cergas sekarang. Saya tak nak kembali tembam lagi. Mulai sekarang saya akan kekalkan bentuk tubuh begini.

Sebelum ini, foto Zul Ariffin berkenaan menerima pelbagai komen dari wanita yang tergoda termasuk dari golongan isteri yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

zul ariffin buka baju
2025-08-20 10:25:58

Foto Badan Sasa Zul Ariffin Buat Ramai Wanita Cair - "Sorry Ter Zoom Pulak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...