Penyanyi Ayda Jebat yang baru-baru ini telah melancarkan lagu terbarunya berjudul Parah nampaknya telah menarik perhatian netizen apabila muzik videonya telah dikritik kerana menampilkan penari yang berpakaian separuh bogel dan beraksi dengan tarian yang agak mengghairahkan.
Malah, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma’ Harun menerusi ruangan Facebooknya turut menulis kenyataan terbuka yang menegur muzik video milik penyanyi genit itu.
Kata Ustazah Asma, beliau terkejut dengan hasil MV tersebut yang memaparkan aksi tidak senonoh dan tidak sesuai untuk tontonan bagi penonton bawah umur.
View this post on Instagram
Menganggap ianya sebagai suatu musibah di kala negara sedang menghadapi pandemik yang semakin parah dari hari ke hari, ustazah Asma merasakan bahawa MV tersebut tidak patut diterbitkan kerana sangat memalukan untuk ditonton.
BUAT ADINDA ARTIS YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI
Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali…
Posted by Ustazah Asma’ Harun on Saturday, 30 January 2021
“Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan sebuah muzik video yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang mengghairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!”
Tambahnya lagi, penghasilan MV tersebut sangat bertentangan dengan budaya masyarakat melayu yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan apatah lagi menyimpang jauh daripada konteks agama Islam.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pendakwah itu turut meminta pihak penerbitan tampil memadam MV tersebut di platform penstriman lagu Youtube kerana ramai masyarakat sudah tampil menegur dan mengkritik lagu tersebut namun tidak diendahkan oleh pihak yang terlibat malah dijawab dengan jawapan seolah-olah tidak bersalah dan melakukan apa kesalahan.
Setakat hari ini, video muzik rasmi lagu Parah di saluran Youtube telah meraih hampir 2.5 juta tontonan sejak ianya dimuat naik pada 29 Disember yang lalu.