Papan Tanda Jalan Tutup Setiap Hari Jumaat Di Masjid Austin PALSU!

Trending

Papan Tanda Jalan Tutup Setiap Hari Jumaat Di Masjid Austin PALSU!

Papan tanda yang viral di media sosial yang menyatakan jalan ditutup sementara ketika hari jumaat didapati tiada dalam kawasan masjid tersebut.

Advertisement

Papan tanda yang menyatakan “JALAN PUJANGGA DITUTUP SEMENTARA SETIAP HARI JUMAAT BERMULA JAM 12 TENGAH HARI HINGGA JAM 2:30 PETANG UNTUK DIJADIKAN TEMPAT KERETA” adalah palsu dan tiada di tempat kejadian.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terbabit mendapati tiada kelibat papan tanda tersebut mahupun bayangnya di persekitaran Masjid Austin Perdana.

Surau yang mendapat tauliah untuk solat Jumaat itu terletak di Jalan Austin Perdana 1, bukan Jalan Pujangga.

Dipercayai papan tanda itu dari sebuah lokasi lain di negeri itu, bukannya di Surau Taman Austin Perdana seperti didakwa. – Lapor Sinar Harian

Menurut seorang pengguna FB. Papan tanda tersebut berada di Kampung Melayu Majidee.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...