“Papa, Mama Dan Adik Pergi Dulu…” – Tak Mampu Lunas Hutang Terlalu Banyak, Cikgu Ajak Isteri & Anak Akhiri Hidup

Kehidupan

“Papa, Mama Dan Adik Pergi Dulu…” – Tak Mampu Lunas Hutang Terlalu Banyak, Cikgu Ajak Isteri & Anak Akhiri Hidup

Seorang guru lelaki berusia 38 tahun dilaporkan menamatkan riwayat dirinya bersama isteri dan seorang anak perempuannya dan mayat kesemua mangsa ditemui sendiri oleh jiran tetangga.

Insiden itu berlaku di negara seberang di mana guru bernama Wahab itu merupakan warga pendidik di sebuah sekolah rendah dan sebelum kejadian dia telah menyuruh salah seorang daripada anak kembarnya berumur 12 tahun untuk berpindah tidur di bilik depan.

Advertisement

Tidak lama selepas itu, anaknya itu terdengar suara si ayah menjerit dan jiran tetangga yang turut terkejut bergegas ke rumah keluarga berkenaan.

bunuh diri

Tiba di rumah itu, mereka semua hilang kata-kata selepas menjumpai isteri Wahab berusia 35 tahun dalam keadaan mulut berbuih manakala seorang anak kembarnya sudah ‘membiru’.

Wahab pula ketika itu masih hidup selepas mengelar sendiri pergelangan tangannya (di bahagian nadi) dan nota tulisannya turut dijumpai bersamanya.

Ia merupakan pesanan terakhir ditulis oleh Wahab di permukaan cermin meja solek untuk seorang anak kembarnya yang masih hidup itu.

Kakak, jaga diri. Papa. mama, adik pergi dulu.

bunuh diri

Dia turut berpesan kepada anaknya untuk tidak mengabaikan pelajaran dan hasil siasatan polis mendapati Wahab mempunyai hutang keliling pinggang.

Beberapa saksi memberitahu polis bahawa Wahab berhutang dengan mereka malah sebelum hari kejadian dia sempat berjumpa pemiutang mengakui tidak mampu melunaskan hutang.

Kematian Wahab menjadi bualan hangat penduduk sekitar memandangkan dia merupakan insan yang dikenali dan disenangi ramai kerana mempunyai personaliti yang baik.

1 year ago

Pemuda Bun*h Ibu Bapa, Sakit Hati Dari Kecil Sampai Besar Asyik Diherdik - "Sejak Lahir Kau Tak Pernah Banggakan Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tribun News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...