Papa Laris Dedah Alami Mimpi Buruk Sebelum Naik Ruam Merah & Bengkak, Netizen Syak – “Sejak Balik Indonesia..”

Kehidupan

Papa Laris Dedah Alami Mimpi Buruk Sebelum Naik Ruam Merah & Bengkak, Netizen Syak – “Sejak Balik Indonesia..”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami reaksi alahan teruk yang berisiko membawa maut. Dia tampil secara terbuka berkongsi komplikasi kesihatannya yang semakin membimbangkan dan memaksa dia menerima rawatan segera.

Menurut Aliff, gejala yang dialami bermula dua hari lalu dengan tanda kegatalan ringan yang kemudian merebak ke seluruh badan disertai kemerahan yang semakin melarat. Beliau turut mengalami pening dan kesukaran bernafas.

Advertisement

Saya terasa pening dan susah bernafas. Badan gatal-gatal, mula-mula sikit lepas itu satu badan jadi kemerah-merahan.

Pada mulanya, Aliff menyangka ia hanyalah masalah kulit biasa. Namun apabila reaksi tubuh tidak juga meredakan walaupun selepas beberapa rawatan bermula di klinik, penyokongnya mencadangkan agar dia bertemu pakar. Akhirnya, Aliff menuju ke hospital untuk pemeriksaan penuh.

Alif Syukri

Menerusi video siaran langsung di TikTok @kedai_dherbs, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kejadian aneh yang menimpa keluarganya, termasuk mimpi menyeramkan sebelum mengalami simptom gatal dan ruam di badan.

Beliau turut memaklumkan anaknya mengalami demam berpanjangan serta masalah mata. Aliff menegaskan kejadian ini bukan gimik dan keluarganya datang daripada latar belakang yang baik.

Tak adalah nak tuduh siapa-siapa, cuma macam pelik. Jadi, papa kena banyak berdoalah.

Sepanjang menjalani rawatan, Aliff berkongsi beberapa rakaman dirinya berada di pusat perubatan. Menurutnya, simptom seperti tompok merah dan rasa tidak selesa itu mengganggu aktiviti hariannya, termasuk ketika melakukan siaran langsung.

@dherbs.official

? #aliffsyukri #doakanygterbaik #insyaallah #mogacepatsembuh #foruyou

? original sound – D’herbs Official – D’herbs Official

Pengikut saya suruh pergi hospital, lepas sesi ‘live’ saya terus ke klinik dan kena cucuk. Keadaan tak surut, keesokannya pergi lagi klinik, selepas itu baru saya pergi hospital.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

alicia amin
2025-07-31 15:14:19

"Cubalah Pakai Bra" - Alicia Amin Bikin Peminat 'Terkejut' Lihat Foto Terbaru Bersama Anjing Peliharaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...