“Papa Gadaikan Maruah, Hampir ‘Cemarkan’ Majlis” -Zahirah & Aiman Rai ‘Anniversary’ Ke-4, Bapa Dedah Insiden Tidak Diduga

Hiburan

“Papa Gadaikan Maruah, Hampir ‘Cemarkan’ Majlis” -Zahirah & Aiman Rai ‘Anniversary’ Ke-4, Bapa Dedah Insiden Tidak Diduga

Baru-baru ini, pasangan selebriti hangat, Zahirah Macwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza ada menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 20 Februari.

Momen-momen indah ketika perkahwinan mereka turut dikongsikan aktres Zahirah Macwilson untuk tatapan peminat di samping ucapan sayang buat suaminya itu.

Advertisement

Sambut ulang tahun perkahwinan ke-4

Tulis Zahirah, dia akan tetap memilih Aiman sebagai suami dalam apa jua keadaan sekalipun.

Zainol Macwilson hampir ‘mencemarkan’ majlis

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila bapa Zahirah, pelakon Zainol Macwilson ada berkongsi cerita mengenai apa yang terjadi pada malam anaknya itu diijabkabulkan empat tahun yang lalu.

Instagram

Pada malam kakak dan Aiman ‘diijabkabulkan’, papa nyaris nak ‘cemarkan’ majlis disebabkan kehadiran beberapa ‘individu toksik’.

Tapi Alhamdulillah dengan sifat kesabaran dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam tu, papa ‘gadaikan maruah’ dalam bahasa Inggeris ‘swallow my pride’ demi kebahagiaan anak dan menantuku.

Zainol dalam pada itu turut memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi itu dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Sekadar info, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Isaac Raees.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ali puteh
10 months ago

"Datang Bawa Bodyguard, Main Terjah Acah Tunjuk Bagus" - Adik Hidayah Pula Tak Puas Hati, Hutang Ali Puteh Masih Belum Bayar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...