Pelawak dan pengacara popular, Rahim Sepahtu atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, menarik perhatian ramai apabila tampil dalam satu majlis merisik bagi pihak anak lelakinya, Aidil Aiman.
Dalam satu video yang kini tular di TikTok menerusi akaun Iewan Lopez, Rahim kelihatan segak mengenakan baju Melayu berona biru lembut sambil mengetuai rombongan tersebut.
Pantun tak ada hari ini sebab semua dah habis dekat Sepahtu Reunion.
“Cuma hari ini saya sampaikan hasrat anak saya, Aiman untuk menyunting bunga yang sedang mekar di taman untuk menghiasi kamar hati dia,” tambahnya lagi.
Untuk makluman, Aidil Aiman merupakan anak kedua Rahim hasil perkahwinan terdahulu bersama isteri pertamanya, Norazlin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kolin Abdullah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.