Seorang bayi berusia 11 bulan terselamat apabila abangnya yang berumur 9 tahun pantas meluncur dengan cekap untuk menyambutnya apabila dia terjatuh dari atas meja.
Tindakan pantas Joseph Levi meluncur telah menyelamatkan adiknya itu terakam menerusi CCTV yang kemudian dimuat naik ke media sosial.
Tindakan refleks Joseph itu mendapat pujian ramai dari netizen.
Dalam video terbabit, ibu kanak-kanak itu, Tila Levi meletakkan anaknya di atas meja sebelum menoleh ke arah lain.
Dalam masa beberapa saat sahaja, bayi itu cuba membalikkan diri dan terjatuh dari meja itu.
Namun, abangnya sempat menyambut bayi tersebut sebelum terjatuh ke lantai.
Menerusi satu wawancara dengan WSVN-TV, Tila telah menyalahkan dirinya sendiri atas kejadian dan menyifatkan Joseph sebagai hero dan tindakannya itu sebagai satu keajaiban.
“Saya bernasib baik kerana dia (Joseph) ada pada ketika yang tepat dan menyambut adiknya pada masa yang betul”, katanya.
Sumber : ST