Sudah mula aktif di Twitter, pelakon Rozita Che Wan ibarat pakar kaunseling perkahwinan ataupun Menteri Pembangunan Wanita pula apabila sesetengah netizen menjadikannya ‘kaunter aduan’ menceritakan mengenai masalah rumah tangga mereka.
Antara isu yang paling hangat dibangkitkan dan membuat Che Ta merasa geram ialah ramai wanita kini dengan mudah ingin merampas suami orang yang berwajah tampan. Namun, bak kata pepatah tepuk sebelah tangan tidak berbunyi kerana si lelaki yang sudah berkahwin ini juga rajin melayan wanita sebegitu.
Rasanya semua tahu Che Ta memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara mengenai isu rumah tangga apatah lagi jika ia melibatkan orang ketiga sehingga berlakunya kes penceraian. Ketika kes Ude dan Intan Saleh dahulu, beliau juga antara artis yang turut memberikan sokongan kepada Intan.