Pantang Tengok Duit Dalam Bank? Wanita Tunjuk Cara Simpan Dengan Lebih Berdisiplin

Trending

Pantang Tengok Duit Dalam Bank? Wanita Tunjuk Cara Simpan Dengan Lebih Berdisiplin

Bila dapat je gaji, kita rasa sukar nak menyimpan. Ada je bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat menyimpan dah ada, tapi selalu “terbabas dek masalah kewangan yang tidak teratur. Adakalanya bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.

Advertisement

Bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.

Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat. Kami pun teringin mahu mencubanya.

Laila saving tips

Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank? Ada duit je nak spending je kerja. Ianya saya, semestinya saya.

Salah satu cara Laila saving ialah dengan Flexi saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta. Cuba guna cara ini?

Contohnya, Laila simpan RM100/sebula selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 nanti. Laila dah mula flexi saver ini bulan Mei 2016.

Secara tidak langsung, setiap bulan RM100 akan ditolak pada 2 haribulan. In sha Allah nanti bulan Mei 2017, pada 2 haribulan duit RM1,200 akan masuk semula dalam akaun. Dan bolehla bayar road tax kereta.

Laila memang tidak boleh tengok baki dalam akaun bank, mesti ada sahaja niat untuk berbelanja. Jadi, terima kasih Maybank, sebab ada cara sebegini.

Selain simpanan untuk road tax kereta guna flexi saver plan, duit dalam tabung haji wajib ada. Simpanan dalam bentuk emas pun kena ada. Cuma ia bergantung pada jenis akaun anda, ada yang ada, ada yang tak ada. Sebab siapa bank jenis wadiah, tak ada macam ini, macam saya, jenis akaun simpanan.

Jumlah yang kita simpan dalam flexi saver plan akan appear kat dalam statement account kita. Dekat belah atas. Jumlah tu tak appear dalam baki duit kita, cuma duit yang dia tolak on the day tu ada appear.

Keseluruhan duit yang ada dalam akaun dia letak asing. Jadiboleh guna duit dalam akaun sesuka hati
As long dah lepas tarikh untuk tolak duit yang kita nak contribute dalam flexi smart saver. Nanti bila dah tiba tarikh matangnya, duit tu akan masuk dalam akaun semula.

Mengikut dari potongan/simpanan yang Laila buat, RM150/bulan, jadi dapat RM1,800 untuk 12 bulan dan duit yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02.

Nota : Ada jugak yang takde contoh yang wadiah punya akaun, jangan tanya saya, saya pun tidak tahu mengapa

* Jumlah potongan bulanan: Ikut kepada ketetapan anda
* Tempoh: Ikut kepada ketetapan anda
* Tarikh/; Ikut kepada ketetapan anda

1. Log in M2U seperti biasa

2. Click pada “account & banking”

3. Click personal saver account

4. Dekat tepi sebelah kanan ade tab “Setup Flexi Saver Plan”. Sila click.

5. Korang boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan. Ikut keperluan korang. Macam Laila, Laila buat 12 months. Sebab nak bayar road tax kereta.

6. Purpose nie korang pilih je la mana-mana. Tak kisah pun. Tapi, ia akan nanti masa kat dalam statement of account dia akan tulis purpose tu. So korang tau la duit untuk tujuan yang dipilih sudah ada berapa banyak dah.

7. Yang nie korang pilih la tarikh di mana duit itu akan automatik ditolak dari akaun. Kalau buat hari nie (30 hb), hari pertama ialah 3 hari selepas. Ini pilihan korang, will be 2 hb ke hadapan.

Ini adalah contoh yang Laila dah buat:

a. Disember 2015 = RM150/bulan (12 bulan)
b. Setiap 30hb, setiap bulan bermula dari Disember 2015 duit akan ditolak secara automatik, rm150.
c. Pada 30 Disember 2016 duit masuk dalam akaun semula.
d. Rm150 x 12 = rm1,800.
e. Tapi yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02
f. Pastikan setiap 30 hb, duit dalam akaun cukup rm150 untuk ditolak.

Duit ini tak akan muncul dekat baki akaun korang, sehingga tarikh matang. Maksudnya duit tu dah depa letak tepi siap-siap. Jadi, tidak perlu risau untuk berbelanja, sebab dah tolak siap-siap dan dah asing siap-siap.

Sumber : Norlaila Binti Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...