Penyampai radio, Siti Rohani tampil meluahkan rasa kesal apabila penampilannya di luar konti menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Menurutnya, apa yang dipakai ketika berada di luar waktu kerja adalah hal peribadi yang tidak wajar dijadikan bahan kritikan.
Riuh nampak begini pun ada mata dah jadi tak tentu arah, masuk air kot tap bila di luar IKIM itu personal life saya.
Kaki kecam saya chill je, tak la i ni kan AI, entah-entah ni semua AI buat lelaki yang kaki kecam mesti dalam phone tu penuh gambar duk download kan.
Dalam pada itu, Siti Rohani turut menyindir sikap segelintir lelaki yang terlalu cepat terangsang hingga menulis komen berbaur lucah apabila terlihat sedikit bentuk tubuh wanita di khalayak.
Pantang nampak bentuk badan, buah dada terus kecoh benda ni bukan boleh buka pasang simpan kat rumah awak. Tak suka jangan tengok.
Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh penyampai radio berkenaan.
Orang tegur benda salah. Bersyukur la masih ada yang nak tegur. Kita yang pakai x patuh syariah, lepas tu salahkan mata yg melihat. Mata yang melihat kita xleh nak kawal, tapi pemakaian kita, kita ada kemampuan utk kawal.
Bila orang tegur cakap terima kasih kak.. bukan diorang tegur benda salah.
Terdahulu, tular mengenai seorang penyampai radio wanita dari stesen berimej islamik mencuri perhatian selepas gaya pemakaiannya ditegur kerana dianggap terlalu seksi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.