Tular sejak beberapa hari lepas mengenai kejadian lemas ketika mandi di Teluk Bidara, Dungun, Terengganu. Kejadian melibatkan beberapa orang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) itu menjadi perbualan di media sosial, apabila empat orang pelajar lemas serentak.
Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan; dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.
Mayat Zul Fahmi pertama ditemui tiga kilometer dari tempat kejadian. Mayat Mohamad Luqman Hakim Al Rashid ditemui kemudiannya, diikuti Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin. Kemudian, jenazah Mohammad Amir Izzudin Zulkiflee telah ditemui.
Sementara itu, penduduk Terengganu mengingatkan orang ramai terutamanya pelajar PSMZA dan Universiti Teknologi MARA, Dungun untuk tidak mandi di Teluk Bidara dan juga pantai di kawasan Dungun. Ini kerana sudah ramai lemas di situ, semuanya tidak ditemui selamat dan ada mayat yang tidak ditemui sehingga sekarang.
“Pantai sana kuat tarik orang.”
As alumni UiTM Dungun, I nk nsihat kt korg smua jgn prgi mandi dkt pntai area sana.. Pantai area sana kuat tarik org.. Dh brapa kali kes meninggal sbb kena tarik dgn arus kuat.. None of them survive.. Please love yourself and if ad kwn ajk, nsihtkn dorg jgn pergi..??
— ? (@xYra_axeL) January 19, 2020
“Kawan aku lemas di situ, tak ditemui sehingga kini.”
Kawan aku.syed .pernah lemas kat pantai tu dlu . Aku tak ingat tahun bila tapi sampai harini tak jumpa2 jasad dia??mohon doakan alfatihah untuk arwah. pic.twitter.com/G3GvePoO0e
— ?????£ | (@ZShimbei) January 19, 2020
“Jangan mandi di pantai yang bersih tetapi tiada orang lain mandi.”
Take note pls kalau nampak pantai tu bersih, elakkan diri mandi kat situ cause it means ombak die ombak pembinasa. Geo taught me well ?
— ?? ? (@honeyloonie) January 19, 2020
“Minta tolong tak ada orang toleh.”
Tempat ni la dulu gua dgn membe hampir lemas, tiba2 air pasang, kat belakang batu tu ada lubang dalam yg org taktau, tapi tak pasti lubang dlm tu sentiasa wujud kat situ atau tak, time mintak tolong org kat situ ramai tapi sorang pon tak toleh ?
— ra (@ilmanra) January 19, 2020
Kes ini patut menjadi pengajaran kepada pelajar atau anak-anak muda di luar sana agar tidak mandi di pantai yang orang tempatan tidak mandi.
Kerana orang tempatan lebih tahu mengenai kawasan tersebut dan sekiranya ia tempat yang selamat, ia pasti sudah menjadi tempat tumpuan ramai.
Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. – amazingnara.com