Panjat Pagar SPRM, Datuk Seri ‘Macau Scam’ Kini Berjaya Ditahan Polis

Trending

Panjat Pagar SPRM, Datuk Seri ‘Macau Scam’ Kini Berjaya Ditahan Polis

Selepas 15 hari diburu, Goh Leong Yeong @ Alvin kini berjaya ditahan polis selepas melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu.

Beliau yang terlibat dalam kegiatan Macau Scam, judi dalam talian dan pengubahan wang haram itu diberkas jam 1.20 pagi tadi.

Advertisement

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed suspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

“Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman. Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian,”

Memetik laporan Harian Metro, suspek ditahan di Genting Highland selepas operasi khas giat dijalankan pihak berkuasa.

Untuk rekod, suspek sebelum ini dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Suspek juga bersabit siasatan yang melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana dia terlibat dalam penganjuran judi secara atas talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...