Panik Samping Suami Renyuk Selepas Dicuci, Wanita Minta Bantuan & Tips Netizen – “Dah Jadi Macam Skirt Ruffle”

Kehidupan

Panik Samping Suami Renyuk Selepas Dicuci, Wanita Minta Bantuan & Tips Netizen – “Dah Jadi Macam Skirt Ruffle”

Seminggu sahaja lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya pelbagai persediaan kini sedang dilakukan ramai sudah mula membuat persiapan untuk sambutan.

Seperti seorang wanita ini yang membersihkan baju-baju dan samping yang masih boleh dipakai pada Hari Raya namun kemudian meminta bantuan netizen di media sosial.

Advertisement

Difahamkan, wanita itu buntu dan bertanya apa yang boeh dilakukannya kerana samping milik suami renyuk  selepas dibasuh.

Tolong aku wei, aku cuci samping suami aku jadi macam ni.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita itu bertanya jika ada cara untuk kembalikan samping tersebut kepada bentuk yang asal.

@delishaurelia87Macam mana nk bg sampin nie lurus balik!! Mateeii la aku..knp jadi mcm nie..😭😭😭😭♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Video berkenaan telah meraih lebih 4 juta tontonan dan ruangan komen pula dipenuhi dengan pelbagai respon dan cadangan untuknya membetulkan semula samping terbabit.

Ramai yang menasihati agar samping tidak dicuci sendiri menggunakan mesin basuh sebaliknya hantar ke dobi untuk proses dry cleaning.

Terdapat individu yang bekerja di kedai dobi memberitahu jika samping itu diperbuat dari songket yang mahal maka ia tidak boleh diselamatkan lagi.

komen netizen TikTok  komen netizen TikTok

Berikut adalah cara penjagaan dan mencuci samping songket dikongsikan oleh Kassyaf Exclusive di akaun TikTok perniagaan tersebut.

  1. Jangan mencuci guna mesin basuh, hanya rendam dan basuh lembut
  2. Bilas berkali-kali dan jangan diperah kerana risau benang songket akan putus atau rosak
  3. Jangan jemur bawah cahaya mata hari, cukup sekadar keringkan dengan angin kipas sahaja
  4. Pastikan kain songket betul betul kering dan tidak lembap sebelum disimpan
  5. Gantung atau sangkut kain songket. Atau gulung untuk menjaga kualiti benang dan material songket

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

FEATURED IMAGES
2 months ago

Bau Badan? Apa Tu? Ini 3 Tips Mudah Hilangkan Bau Badan Dengan Bahan Natural!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...