Berikutan penetapan yang ketat untuk membuka panggung wayang di Kelantan yang berlandaskan Syariah, dilaporkan syarikat panggung wayang yang menyatakan minat membuka operasinya di Eon Mall Kota Bharu telah menarik diri.
Keputusan berkenaan menjadikan Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak mempunyai panggung wayang.
Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan, dan larangan tayangan semasa waktu Maghrib, malam Jumaat, dan ketika bulan Ramadan.
Tahniah Kelantan kerana tidak menggadaikan prinsip dan tuntutan agama, biarlah orang anggap apa pun yang penting hukum Agama Islam ditegakkan.