Panggung Wayang Bakal Dibuka, Ini Senarai Filem Hebat Yang Boleh Anda Tonton!

Trending

Panggung Wayang Bakal Dibuka, Ini Senarai Filem Hebat Yang Boleh Anda Tonton!

Bermula 1 Julai ini, kerajaan telah membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi setelah ianya ditutup sementara kerana pandemik COVID-19. Pembukaan panggung wayang kali ini pastinya memberikan keterujaan kepada orang ramai setelah sekian lama menunggu.

Baca: (TERKINI) Kerajaan Benarkan Pawagam, Teater Dan ‘Live Event’ Kembali Beroperasi

Advertisement

Untuk anda yang sudah tidak sabar mahu menyerbu panggung wayang berhampiran, kami senaraikan untuk anda antara filem-filem hebat yang bakal ditayangkan pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan tarikh tayangan sebenar yang akan dikeluarkan oleh syarikat pawagam di Malaysia.

Train to Busan: Peninsula

Masih ingatkan anda filem box-office daripada Korea Selatan, Train to Busan? Peninsula merupakan sekuel dari filem zombie ini dijangka akan ditayangkan pada tahun ini. Walaupun tiada tarikh rasmi yang dikongsikan, ianya dijangkakan akan berada di pawagam pada Ogos ini.

Tenet

Filem Tenet menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas trailer pertamanya mula dikongsikan. Filem terbaru Christopher Nolan yang disebut sebagai Tenet ini bakal menemui penonton pada 31 Julai ini di pawagam. Ada juga yang berkata filem ini adalah sekuel kepada filem Inception. Nak tahu betul atau tidak, saksikan di pawagam berhampiran anda.

Mulan (2020)

Filem menampilkan bintang China Liu Yifei sebagai watak utama dan sejumlah legenda Cina lain seperti Donnie Yen, Gong Li, dan Jet Li yang ini bersedia dengan mudahnya untuk menakluk takhta box office global.

Intruder

Intruder dijangka bakal mendapatkan kutipan tinggi secara global ditambah dengan faktor pemilihan Song Jihyo sebagai teraju utama. Menampilkan barisan pelakon ternama dari Korea Selatan, filem bergenre misteri thriller ini bakal menemui penonton bermula Jun ini.

A Quiet Place Part II

Pengarah John Krasinski kembali menerajui sekuel ini yang juga ditulisnya dan dibintangi oleh isterinya yang sebenar, Emily Blunt. Setelah menangguhkan tarikh tayangan akibat pandemik ini, A Quiet Place Part II akan menemui penonton pada September tahun ini.

Low Season

Filem ini pastinya berbaloi untuk ditonton apabila ianya dibintangi oleh Mario Maurer yang sememangnya terkenal dengan filem box office bergenre komedi romantik. Mengisahkan mengenai seorang gadis yang dapat melihat hantu berpisah dengan teman lelakinya. Selebihnya, saksikan sendiri di pawagam!

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna

Peminat Digimon jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna. Pasukan ini mendapati bahawa ketika mereka dewasa, hubungan mereka dengan Digimon mereka akan semakin berakhir. Apakah yang akan berlaku pada Digimon mereka pada akhirnya?

Zombitopia

Filem Zombitopia sepatutnya ditayangkan pada Febuari lalu namun telah ditangguhkan tayangannya. Walaupun masih tiada tarikh rasmi yang dikongsikan, ianya dijangkakan akan menemui penonton pada tahun ini. Jangan lupa saksikan karya epik daripada pengkarya tempatan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...