Panggillah Anak Guna Nama Penuh, Rugi Letak Nama Anak Panjang-Panjang

Trending

Panggillah Anak Guna Nama Penuh, Rugi Letak Nama Anak Panjang-Panjang

Dari dulu sampai lah sekarang, kita semua sendiri boleh lihat perubahan dan kelainan pada nama anak-anak yang baru lahir diberi, dulu namanya cukup ringkas dan sudah tentu mudah dipanggil dengan nama penuh.

Advertisement


Namun kini nama panjang-panjang seakan telah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, ada yang bercampur dengan pelbagai bahasa dan berubah ejaan untuk sebutan yang sama.

Namun, ianya bukanlah satu kesalahan selagi membawa maksud yang baik seperti yang dituntut oleh agama, cuma ia satu kerugian bila nama terlalu panjang sudah pasti kita akan panggil dengan nama pendek, ruginya kerana nama anak itu sebenarnya adalah satu doa kepadanya.

Seperti penerangan dari Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz nama yang diberikan bukan sekadar untuk kehidupan di dunia, bahkan akan dibawa sehingga ke akhirat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraiarah ra , Nabi SAW bersabda,  “Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama kamu di  akhirat nanti”.

Pada nama juga terdapat keberkatan daripada orang yang dinasabkan nama itu. Oleh sebab itu, umat Islam sangat digalakkan menggunakan nama Muhammad SAW.

Panduan dalam memberi nama:

Menurut Nabi SAW, “Sesungguhnya sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman”. Daripada kajian pada ulama, didapati lebih 300 orang sahabat Nabi yang bernama Abdullah.

Menamakan anak dengan nama para Nabi SAW atau nama orang-orang yang soleh.

Nama yang paling buruk ialah Murrah dan Harbun, seperti yang disebut dalam hadis di bawah:

“Namakan dengan nama para Nabi,dan nama yang paling disukai di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling tepat ialah Haris (pekerja), Hammam(yang mempunyai keazaman). Dan nama yang paling buruk ialah Harb(perang) Dan Murrah (pahit)”. Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie

Selepas nama Nabi, elok diambil nama sahabat yang dekat dengan Nabi SAW. Zubbair Ibnu Awwam yang mempunyai 9 orang anak, menamakan anak-anaknya dengan nama sahabat yang syahid ketika perang Badar.

Berikut adalah soalan lazim mengenai nama:

S: Nama penuh saya ialah Mat Saad, tetapi rakan-rakan memendekkan dan memanggil saya ‘Ad, sedangkan kaum Ad merupakan kaum yang dilaknat Allah. Mohon ulasan ustaz?

J: Jika kita ingin memanggil seseorang, kita perlu memastikan nama itu ialah nama yang disenangi olehnya. Walaupun begitu, jika panggilan ‘Ad itu tidak diniatkan untuk merujuk kepada kaum ‘Ad, maka tidak mengapa, tetapi tuan punya perlu redha. Jika tidak perlu dinyatakan dan minta rakan memanggil nama penuh atau nama lain yang lebih disukai.

S: Bolehkah saya meletak nama “Ahmad Muhammad” kepada anak kerana maksudnya berganda?

J: Ulama membincangkan dan mengatakan makruh kerana berganda.

S: Bolehkah seorang muallaf tidak menukar nama asalnya?

J: Pada prinsipnya, dibolehkah selagi nama asalnya tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Contoh pada zaman Jahiliyyah, ada banyak nama seperti “Abdul Uzza”  yang bermaksud ‘hamba kepada patung berhala Uzza.

S: Bagaimana jika ada ibu bapa yang memanggil anak dengan nama-nama seperti ‘ketot’, ‘gemuk’ dan seumpamanya?

J: Dalam Islam yang utama ialah menjaga kemuliaan seseorang. Jika dia tidak redha, kita tidak dibenarkan memanggilnya begitu. Jika dia redha, maka terpulang kepada kita untuk menimbangkan kesesuaian panggilan.

S: Nama saya Ashaari, dan nama timbangan saya “Tan”. Ibu saya kata “tan” itu berasal daripada Intan, dan orang Kedah kata berasal daripada ‘Jantan’.

J: Ini bergantung kepada keredhaan orang yang dipanggil. Jika redha, tidak mengapa. Jika tak, perlu dinyatakan kepada orang sekeliling dan rakan-rakan.

S: Nama anak saya Umair, dan baru berumur 7 bulan. Memandangkan dia masih agak lembut, ramai orang memanggilnya Umairah atauh Humairah.

J: Ini masalah besar kerana melibatkan nama lelaki dan perempuan. Pada rakan-rakan, pesan agar mereka menggunakan namanya yang diberikan.

S: Nama yang diberi atau nama yang dipanggil yang akan digunakan di akhirat?

J: Nama yang diberi.

S: Bagaimana pula jika menggunakan nama malaikat seperti ‘Muhammad Mikhael” dan nama-nama bunga?

J: Dalam mazhab Syafie dikatakan hukumnya harus (boleh). Cuma mazhab Imam Malik yang mengatakan hukumnya makruh. Berkenaan nama bunga – asalkan nama itu tidak mempunyai makna atau kaitan yang tidak elok oleh penduduk setempat, maka bolehlah digunakan.

S: Bagaimana dengan sikap ibu bapa yang menukar nama Islam kepada nama Arab yang diinggeriskan, contohnya Hawa menjadi Eve, Jibril menjadi Gibrael?

J: Pertama, perlu dilihat apakah niat diletakkan begitu. Jika ibu bapanya memang orang Inggeris, maka tidaklah salah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...