Panggil Pelanggan ‘Makcik Tua’, Pemilik Butik Instagram Timbulkan Kemarahan Netizen

Trending

Panggil Pelanggan ‘Makcik Tua’, Pemilik Butik Instagram Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemilik sebuah butik dalam talian menimbulkan kemarahan Netizen kerana memarahi dan memalukan seorang pelanggan kerana memuat naik pertanyaan mengenai prosedur pembelian baju dari satu kedai Instagram.

Advertisement


Wanita itu memberitahu tidak mendapat maklum balas dari satu kedai Instagram setelah memasukkan bayaran ke akaun bank yang diberi dan telah menghantar e-mel sebanyak dua kali untuk bertanya mengenai pembeliannya.

De3_IScv_Uc_AApy_N
Pemilik butik itu kemudiannya menghantar mesej terus (DM) Instagram kepada pelanggan yang bertanya itu.

De3_ITQUU8_AENFiv

Pemilik kedai dalam talian itu juga berkata akan memulangkan wang yang dibayar pelanggan itu kerana Story yang dimuat naik memberi gambaran tidak baik kepada perniagaannya.

De3_IT7_MUYAADqgl

Pelanggan itu mempertahankan bahawa dia hanya bertanya tentang prosedur pembelian dari kedai dalam talian itu.

De3_IUd2_U0_AETLSW

Bagaimanapun, perkara itu tidak berakhir di situ. Pemilik kedai Instagram itu seterusnya memuat naik gambar pelanggan itu ke Instagram Storynya dan menggelar pelanggan itu ‘makcik tua’ dan ‘nenek’.



Ia menimbulkan kemarahan Netizen yang menyifatkan perbuatan pemilik kedai Instagram itu melampau.



Tinjauan penulis mendapati Kedai Instagram dan akaun Instagram pemiliknya kini telah dinyahaktifkan setelah dikecam Netizen. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...