Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’, Pu Azman Mohon Maaf

Hiburan

Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’, Pu Azman Mohon Maaf

Sejak kebelakangan ini, banyak isu sensasi dan kontroversi timbul melibatkan beberapa pendakwah terkenal. Kali ini, Pencetus Ummah Azman (PU Azman) pula dikritik kerana menggunakan panggilan yang kurang sesuai iaitu ‘orang tua’, merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah ketika membicarakan topik berkaitan poligami menerusi Instagram Live baru-baru ini.

pu azman panggil isteri rasulullah orang tua

Advertisement

PU Azman akui akui panggilan itu kurang sesuai walaupun hanya sekadar mahu menggambarkan isteri-isteri Rasulullah yang pernah berkahwin sebelum menikahi baginda.

Pada masa yang sama, pendakwah itu juga memohon maaf dengan kenyataannya bahawa poligami bukanlah Sunnah. Menurutnya, apa yang dia katakan sebelum ini telah disalahertikan oleh segelintir pihak.

PU Azman turut berterima kasih kepada para ustaz dan individu yang tampil membantu dan membuat teguran terhadapnya.

Respek dengan tindakan berani PU Azman yang dengan rendah hati tampil mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Terima kasih kerana menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...