Panggil Fouziah Boleh, Nak Panggil Datin Pun Terpulanglah – Suami Fouziah Gous

Hiburan

Panggil Fouziah Boleh, Nak Panggil Datin Pun Terpulanglah – Suami Fouziah Gous

Datuk Zhafran Md Yusof, suami Fouziah Gous mengesahkan dia telah lama menerima pingat yang membawa gelaran Datuk, cuma ia tidak dihebahkan.

Zhafran berkata kepada Sinar Harian Online:

Advertisement

Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah.

Zhafran berkara pendirian Fouziah mengenai gelaran Datin sama dengannya:

Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja.

Apa pun tahniah buat Zhafran dan Fouziah atas gelaran yang diterima. Rasanya mereka pasangan paling low-profile mengenai penganugerahan tersebut. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.