Bagus sungguh Datin Paduka Eina Azman ini. Merendah diri sungguh orangnya. Memperolehi gelaran ‘Datin Paduka’ pada usia 19 tahun selepas sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, Eina Azman tidak kisah jika orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut. Thumbs up buat Eina kerana masih ‘down to earth’ walaupun selayaknya boleh digelar ‘Datin Paduka’. Sikap sebegini sewajarnya harus dicontohi oleh kita semua.
Menariknya berkata mengenai hadiah sebuah kereta Chevrolet Camaro yang dijadikan hantaran oleh suaminya itu, Eina memaklumkan ia adalah kerana dirinya peminat filem Transformers. Bertuah sunggueh Eina mendapat seorang suami yang pemurah sebegini. Semoga ia berkekalan. Kata Eina:-
Sejujurnya saya sangat janggal dengan pangkat itu. Panggil Eina saja pun saya okey. Terpulang kepada sesiapa nak panggil apa. Saya ok saja.
Tak sangka pula selepas tengok filem Transformer terbaru dan kebetulan kereta jenis yang sama turut digunakan dalam filem berkenaan, ada yang nak hadiahkan dekat saya. Saya memang peminat filem Transformer.
Saya diberitahu akan dihadiahkan kereta itu seminggu sebelum pernikahan kami. Saya tengok filem berkenaan dua kali. Kali pertama semasa berdating dengannya dan kedua dengan keluarga.
Eina Azman dan suami akan berbulan madu di Kepulauan Maldives sebelum majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari depan. Semoga ada berita gembira apabila pulang daripada ‘honeymoon’ itu kelak. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit informasi Berita Harian dan Instagram Eina Azman.