Pandu Guna Lampu Tinggi , Pemandu Dihukum Tenung Cahaya Lampu Selama 1 Minit

Trending

Pandu Guna Lampu Tinggi , Pemandu Dihukum Tenung Cahaya Lampu Selama 1 Minit

Di Malaysia mungkin tiada sebarang hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang memandu menggunakan lampu tinggi walaupun penggunaan lampu tinggi boleh mengundang rasa marah pemandu lain.

Advertisement

Namun berbeza pula di China. Polis di selatan China akan mendenda setiap pemandu yang menggunakan lampu tinggi semasa memandu dengan menyuruh mereka merenung cahaya lampu itu selama satu minit.

Foto hukuman itu dikongsi oleh laman web Weibo Polis Trafik Shenzhen yang mana menunjukkan pemandu dikehendaki duduk diatas kerusi dan merenung lampu kereta tinggi selama seminit.

“Malam ini kami menjalankan denda ke atas pemandu yang menggunakan lampu tinggi,” tulisnya dalam perkongsian yang mendapat lebih dari 80,000 likes dan lebih 90,000 perkongsian.

Selain denda itu, pemandu yang melakukan kesalahan tersebut turut didenda 300 Yuan (RM185).

Kaedah hukuman itu pernah dijalankan pada 2014 dan mendapat kritikan ramai. Namun ia dilaksanakan semula pada Selasa lalu.

Kebanyakan netizen bersetuju dengan tindakan tersebut sebagai pengajaran kepada pemandu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa.

Pada tahun lepas, polis trafik Shenzhen menjalankan hukuman unik kepada pejalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah mengawal lalu lintas dengan memakai topi hijau dan jaket jika tidak mahu membayar denda yang dikenakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...