Kemelut rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim bertemu titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan.
Tidak dinafikan, ramai juga yang terkejut dan sedih dengan berita tersebut kerana pasangan ini difahamkan tidak bergaduh besar serta masih lagi menyayangi antara satu sama lain.
Paling sayu dan menyedihkan apabila Mawar berkata, dia sanggup mengorbankan cinta dan kasih sayangnya demi kebahagiaan keluarga Fizo.
Menerusi laman sosial ada netizen tampil memberikan pandangan mereka berhubung isukeretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan sudah viral.
Pertama kali lihat pasangan artis penyayang dan
serasi berpisah
Kenyataan Mawar dan dia bersetuju dengan
komen salah seorang pengikut di IG tentang
campur tangan keluarga
Ibu bapa dan keluarga janganlah campur tangan
urusan rumahtangga anak menantu
Tiada siapa yang mengimpikan perceraian, namun apa yang berlaku adalah ketentuan takdir. Setiap yang berlaku ada hikmnya dan semoga Fizo dan Mawar diberikan kesabaran dan kekuatan menempuhi dugaan ini.