Pandangan Lelaki Tentang Wanita Keluar Malam Undang Kecaman Netizen – “Tak Sesuai Buat Bini, Macam Liar”

Kehidupan

Pandangan Lelaki Tentang Wanita Keluar Malam Undang Kecaman Netizen – “Tak Sesuai Buat Bini, Macam Liar”

Satu video TikTok yang memaparkan pendapat sekumpulan lelaki mengenai wanita yang keluar pada waktu malam mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh sebuah kedai makanan menggunakan akaun @tiffin_55, yang bertanyakan soalan itu kepada empat orang pelanggan mereka.

Advertisement

Tiga daripada lelaki tersebut menyifatkan wanita yang keluar malam sebagai red flag, dengan alasan mereka tidak pandai menjaga diri dan tidak mempunyai hala tuju apabila berada di luar pada waktu sedemikian.

Bagi saya red flag sebab perempuan tak macam lelaki yang pandai jaga diri. Bahkan lelaki tahu hala tuju dia.

Kalau perempuan pula dia tak ada hal tuju dan tak pandai jaga diri dia.
Korang pun tahu keadaan di malam hari macam mana jadi kenapa nak keluar malam? Jadi, memang red flaglah.

Pandangan itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh seorang lagi responden dalam video tersebut.

keluar malam

Bagi jejaka berbaju melayu berona biru, wanita yang keluar malam bukanlah satu masalah selagi mereka tahu menjaga keselamatan diri.

Bagi saya okay saja asalkan dia pandai jaga diri. Perkara ini semuanya terletak pada diri sendiri. Selagi mana mereka tak pergi tempat bukan-bukan tak ada masalah.

Video itu sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan majoritinya mengecam pandangan tiga individu yang dianggap bersifat prejudis terhadap wanita.

Ramai yang berpendapat bahawa wanita zaman kini lebih berdikari dan tahu menjaga diri, malah ada yang memuji lelaki berbaju melayu biru itu kerana memberikan jawapan paling matang dan tidak bias.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Konvokesyen uitm
2025-11-24 12:50:13

Graduan UiTM Dikecam Selepas Arah Permaisuri Selangor Pandang Kamera Ketika Istiadat Konvokesyen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...