Pandangan Jujur Dan Kenapa Kereta Myvi 2018 Ini Berbaloi Hingga Buat Anda Tidak Senang Duduk

Trending

Pandangan Jujur Dan Kenapa Kereta Myvi 2018 Ini Berbaloi Hingga Buat Anda Tidak Senang Duduk

Ramai netizen di luar sana mempersoalkan best ke Perodua Myvi 2018 ni? Desas-desus mengatakan Myvi 0281 ni lebih hebat dan setanding dengan Honda Jazz dan Vios. Tempahan juga telah mula dibuka pada 9 November yang lalu di seluruh negara.

Advertisement

Perodua Myvi 2018 juga telah diberi nafas baru dari segi rekaan yang lebih eksklusif dan canggih persis kereta mahal seperti honda dan toyota dengan keselesaan dan keluasan tetap diutamakan bagi memastikannya kekal praktikal bagi pengguna.

Bermula dengan harga serendah RM44,300 hingga RM55,300 sebuah, Myvi 2018 ternyata bakal mencetus fenomena apabila spesifikasi kereta ini dikatakan mampu bersaing jauh dengan keluaran honda dan toyota.

Malah khabar angin mengatakan keluaran ini bakal menambat hati para remaja di luar sana yang gemarkan gaya eksklusif pada harga mampu milik.

Dan ini perkongsian hebat seorang netizen mengenai Myvi 2018 setelah beliau sendiri pergi melihat kereta tersebut di showroom Perodua dan ternyata Myvi 2018 tidak mengecewakan beliau.

Jom baca..

Tadi aku pegi tengok. Ini antara yang aku nampak kat Myvi 1.5 fullspec harga RM56,000.

Dikuasakan Oleh Enjin Vios

Myvi 2018 kali ini menggunakan enjin vios model baru tu. Dual VVTI engines.

Dengan Satu Sentuhan Sudah Cukup Untuk Menghidupkan Enjin

Button start. Tak payah pakai kunci. Tekan brek dan tekan button start je nak hidupkan dan matikan enjin. Kunci letak je dalam poket sampai mereput sebab memang tak guna. Nak bukak pintu pon tak payah tekan alarm. Detect automatik.(smart key)

Aplikasi Smart Tag Yang Betul-Betul “SMART”

Tak payah pakai smart tag dah. Cucuk kad, terus boleh guna dan guna laluan smart tag. Siap ada skrin untuk check baki. Skrin berlampu tau. Radio boleh bluetooth dengan fon dan skrin boleh papar Waze dengan jelas.

Lampu Boleh Laras Macam Honda

Lampu depan boleh laras untuk tinggi atau rendah.(sama mcm honda)

Tempat Cas Phone Macam Powerbank

Cas fon boleh cas direct sebab ada lubang mcm lubang kat power bank tu. Sediakan kabel je. 2 biji fon boleh cas serentak. Tapi lagi 1 kena beli car charger.

Kereta ‘AUTO BRAKE’ Dengan Sendiri

Kat cermin depan ada sensor. Advanced Safety Assist (ASA). Dalam jarak 30 meter dan kelajuan bawah 30 kmj, akan brek emergency jika driver tak tekan brek. Canggih! Airbag ada 6 biji semua.

Rekaan Eksklusif Dan Kemas

Tepi pintu ada ruang letak air, luas dan kedudukan serong. Stering balut. jahitan kemas. Selesa pegang. Kat stering ada butang untuk radio, volume dan tukar chanel. Side mirror boleh flip automatik. Seat kulit. Kat seat depan kat tepi ada tempat sangkut handbag @ apa-apa barang.

Ruang tempat duduk penumpang belakang luas dan sangat selesa.

Malah bonet belakang luas dan jauh berbeza dengan myvi yang terdahulu. Kalau nak buka bonet tekan je.(sama mcm honda).

Kerusi belakang boleh lipat. Takat nak sumbat wheelchair ke apa2 barang yang panjang tu boleh je. Body memang mengancam gila. Kalau dari belakang macam jazz pon ada. Sangat sesuai untuk berlagak bujang. hahaha

Jimatkan Minyak Bila Rege Minyak Tengah “NAIK”

ECO. Minyak jimat gila. 1 liter boleh pegi sejauh 20.1 KM. Sesuai la dengan harga minyak malaysia yang naik banyak tapi turun sikit ni.

Tak Payah Pasang Camera Reverse Dah!

Reverse camera pon ada. Memudahkan anda untuk parking @ reverse.

Tak payah susah-susah suruh kawan tolong tengok belakang. Tayar spare guna sport rim tau. Sama macam tayar yang 4 biji lagi. Bukan lagi guna rim tayar kereta sorong. hehe. Waranti 5 tahun atau 150000 km di tawarkan.

Secara jujur dan ikhlas, saya rasa kereta ni amat terbaik. canggih dan berbaloi dengan harga.

Bab enjin tak payah tanya.

Sah-sah laju oii. Kereta ni ibarat kacukan Toyota Vios + honda Jazz tapi pada harga mampu milik. Jangan risau jika anda tak mampu beli jazz atau vios. Kalau nak beli, beli je full spec. Beza rm3600 je dengan model biasa.

Myvi ini sememangnya berbaloi. Keluaran terbaik dari perodua. Lepas ni bolehlah anda semak baki dalam akaun. Mana tahu ada lebihan buat bayar muka angkat Myvi 2018 ni kan.

Sumber : Mat Yoe

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...