Pandangan Dikecam & Dianggap ‘Tone Deaf’, Janna Nick Respon – “Maaf, Saya Tetap Dengan Pendapat Itu”

Hiburan

Pandangan Dikecam & Dianggap ‘Tone Deaf’, Janna Nick Respon – “Maaf, Saya Tetap Dengan Pendapat Itu”

Nama pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick menjadi bualan hangat sejak hujung minggu lalu selepas tular satu rakaman menunjukkan perbualannya dengan Amelia Henderson.

Potongan klip itu adalah daripada segmen podcast Studio Sembang dan Janna menyatakan pendapatnya tentang isu work life balance.

Advertisement

1 year ago

Dikecam Isu 'Work-Life-Balance', Amelia Henderson 'Backup' Janna Nick - "Dia Tak Gelakkan Sesiapa"

Meskipun teruk dikecam dan dikritik ramai warganet, Janna bagaimanapun akui tiada masalah sesetengah pihak tidak bersetuju dengan pendapatnya itu kerana menurutnya setiap orang ada pendapat masing-masing.

Janna juga akui dia sepatutnya mengolak ayat atau kenyataan yang diberikan dengan lebih baik supaya tidak berlaku salah faham.

Dalam pada itu, dia turut berkata masih tetap dengan pendapat yang diberikannya dalam segmen tersebut dan tidak akan mengubah apa-apa.

Kadang-kadang bila berbual dengan kawan, orang luar takkan faham cara percakapan itu. Kalau ada yang tidak setuju dengan kata-kata saya dan rasa pendapat saya ini perlu diubah, saya minta maaf sebab saya akan tetap dengan pendapat saya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...