Susulan kontroversi yang melibatkan pendakwa bebas terkenal Ustaz Don Daniyal, dia memberitahu dirinya sudah bertemu dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memberi penerangan soal perdebatan tersebut.
Pertemuan secara harmoni
Menerusi hantaran di Instagram, pihak Ustaz Don telah memaklumkan perjumpaan antara dua belah pihak yang diaturkan oleh JAKIM serta wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ustaz Fawwaz Fadhil itu telah berjalan dengan lancar.
Dalam perkongsian itu, pihak Ustaz Don juga memberitahu pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang harmoni dan perbicangan juga diterima dengan baik oleh mereka semua.
Pandangan dan pendapat diberi dan diterima dengan terbuka dalam suasana yang sangat harmoni.
Terima Kasih kerana menjemput dan menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan tadi memberi manfaat yang lebih besar buat semua.
View this post on Instagram
Terdahulu pihak JAKIM memberitahu akan mengadakan pertemuan secara santai dengan Ustaz Don bagi mendengar penerangan serta menyelesaikan isu yang melibatkan pendakwah tersebut.
Sebelum itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini telah merehatkan Ustaz Don Daniyal dari program Salam Baitullah susulan kontroversi pertikaian di media sosial soal penceritaan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang didakwa tidak sahih.